MIRI – Seramai 15 orang setinggan dari Kampung Pasir, Jalan Lutong di sini tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran malam tadi.
Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kong berkata kejadian pukul 10.30 malam itu melibatkan lima buah rumah.
Beliau berkata tiada kemalangan jiwa yang berlaku sementara punca kebakaran masih disiasat. – BERNAMA