Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bimbang Kekasih “Miss Flight”...

SEORANG lelaki di Perancis sanggup membuat panggilan palsu menyatakan ada bom di dalam...

1MDB Mula Proses Rundingan...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses rundingan dengan pemegang bonnya...

Antara Kuih Raya Yang...

ALDILFITRI dan kuih raya sememangnya tidak dapat dipisahkan dan boleh dikatakan hari raya...

Kenyataan Bercanggah.. Sejauh...

PELIK.. jika sebelum ini penyanyi Akim Ahmad sudah mencanang satu Malaysia tentang hubungan...

Kedah Rancang Zon Bebas Cukai Di Bukit Kayu Hitam

ALOR SETAR – Kedah akan mewujudkan zon bebas cukai kedua di negeri itu selepas Pulau Langkawi di atas tapak seluas 6,000 hektar milik Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah dan swasta di Bukit Kayu Hitam.

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata perkara itu dibangkitkan dalam mesyuarat Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) ke-17 di Putrajaya baru-baru ini yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Dalam mesyuarat tersebut Perdana Menteri telah arahkan supaya NCIA bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah melaksanakan perkara ini,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Gerakan Kedah, di sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata kawasan itu akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan dan infrastruktur seperti hotel, perumahan, pusat beli-belah dan sekolah yang diunjur mampu menarik kedatangan lebih ramai pelancong dari negara jiran.


“Penduduk yang ada di kawasan itu akan menikmati barangan bebas cukai dan kita harap perkara ini akan kita bangunkan segera kerana kita nak selain daripada Pulau Langkawi ada satu lagi kawasan bebas cukai yang berada di tanah besar,” katanya. – BERNAMA

Kategori