SHAH ALAM – Sebuah kedai alat tulis di Seksyen 2 di sini yang sering dikunjungi penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) untuk menjilid tugasan mereka musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.13 pagi dan apabila sampai di tempat kejadian mendapati tingkat atas kedai dua tingkat itu hangus sepenuhnya.
Kedai itu biasanya menjadi kunjungan penuntut UiTM bagi program Ijazah Seni Lukis dan Seni Reka.
Punca kejadian masih disiasat. – BERNAMA