Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Ancaman Bom: Penerbangan Air...

KUALA LUMPUR - Penumpang-penumpang penerbangan Air France AF1741 ke Perancis, yang tidak dapat...

Sambut Positif Cadangan Jalan...

TAWAU - Kementerian Pembangunan Infrastruktur Sabah menyambut positif cadangan berhubung penggunaan teknologi pembinaan...

Aduan Kes Penipuan Dalam...

PUTRAJAYA - Aduan kes penipuan dalam talian semakin meningkat dan kini menjadi aduan...

KTMB Sedia Tren ETS...

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua unit...

Kedai Terbakar Ketika Pemilik Rai Tahun Baru Cina

BUTTERWORTH – Sebuah kedai runcit di Jalan Ong Yi How di sini terbakar malam tadi.

Pemiliknya Lim Chong Lam, 49, berkata ketika itu dia dan keluarganya berada di rumah mereka di Taman Chai Leng dan sedang meraikan sambutan Tahun Baharu Cina sebelum dimaklumkan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya dia terus bergegas ke kedainya dan mendapati api sedang marak dan dia tidak sempat menyelamatkan baran-barang yang terdapat di dalam premis berkenaan.

“Seorang pemilik premis berhampiran kedai runcit saya telefon beritahu kedai saya terbakar dan saya terus datang untuk melihat. Semua sudah terbakar masa saya sampai.


“Banyak stok barang baru ada dalam kedai saya,” katanya dan menambah selalunya mereka sekeluarga tinggal di tingkat atas rumah kedai dua tingkat berkenaan.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, Mohd Azman Hussin berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 9 malam dan dapat mengawal kebakaran daripada merebak ke premis bersebelahan. – BERNAMA

Kategori