Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

182,409 Lulusan SPM 2017...

PUTRAJAYA - Sejumlah 182,409 lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017 ditawarkan ke program...

PAC Sangkal Dakwaan Ia...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) menyangkal dakwaan bahawa ia tidak...

KKM Dapati Terapi Ozon...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat agar berhati-hati dengan rawatan pencucian...

Polis Nafi Waris Kim...

KUALA LUMPUR - Polis memaklumkan bahawa sehingga ini tiada anggota keluarga atau waris...

Kegagalan PAS Jadi Bahan Kempen UMNO Kelantan

KUALA KRAI – UMNO Kelantan akan menggiatkan sesi penerangan kepada rakyat negeri itu dalam usaha menyedarkan mereka mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan negeri PAS yang memerintah negeri itu sejak tahun 1990.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Mustapa Mohamed berkata antara isu yang akan dibangkitkan kepada pengundi termasuklah masalah pemilikan tanah, setinggan dan kurangnya peluang ekonomi.

“Rakyat telah beri peluang kepada PAS untuk majukan Kelantan sejak 27 tahun lepas, namun masih tiada perubahan…kalau ada pun (pembangunan) ia jasa kerajaan Persekutuan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan bersama anggota jawatankuasa Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kuala Gris, Dabong di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dabong, Datuk Ramzi Ab Rahman.


Katanya, bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), UMNO Kelantan akan memperkukuhkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan (NGO) terutama di luar Kelantan bagi mendekati pengundi muda yang tinggal di luar negeri itu.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, berkata UMNO turut merancakkan program mendekati golongan mahasiswa agar mereka tidak mudah dikelirukan dengan fitnah pembangkang. – BERNAMA

Kategori