Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Mayat Dua Remaja Lemas...

MUAR - Mayat dua sahabat karib yang lemas selepas terjatuh dari jeti Kampung...

Bayangan Faye Muncul Selepas...

"SELEPAS bercerai saya terdetik untuk melakukan solat Istikharah, sebagai lelaki normal sudah tentu...

Pereka Fesyen Selamatkan Model...

PEREKA fesyen, Vivienne Westwood, telah menjadi penyelamat apabila dia berjaya menyelamatkan seorang model daripada...

Bayi Hampir Mati Tertelan...

BEIJING - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan hampir maut selepas tertelan jarum...

Kegiatan Militan Daesh Kini Beralih Ke Selatan Filipina

RAUB – Kegiatan merekrut anggota baharu kumpulan pengganas Daesh kini didapati beralih ke selatan Filipina berikutan kawalan ketat pihak berkuasa pelbagai negara terhadap sebarang pergerakan ke Syria.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dipercayai direkrut di bawah pemimpin kanan kumpulan Abu Sayyaf, Isnilon Totoni Hapilon yang juga dikenali Abu Abdullah al-Filipini.

“Ancaman kini semakin serius kerana jika dahulunya tertumpu di Iraq dan Syria sekarang sudah beralih ke selatan Filipina.

“Jadi akan berlaku pergerakan di sebelah sini dan kita jangkakan Sabah akan dijadikan tempat transit oleh anggota-anggota pengganas, sama ada dari Semenanjung atau lain negara-negara Asia Tenggara dan Asia Selatan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada Seminar Kefahaman Ekstremisme: Realiti dan Penyelesaian di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub.

Seminar yang dianjurkan dengan kerjasama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang itu turut dihadiri Mufti Pahang Datuk Seri Dr  Abdul Rahman Osman dan Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani serta 700 pelajar UiTM.


Mengulas lanjut, Ayob Khan yang tidak menafikan Sabah kini terdedah kepada ancaman susulan perkembangan terbaharu itu, berkata polis akan meningkatkan operasi dan penguatkuasaan di negeri tersebut dan perairannya.

Beliau juga menjangkakan lebih banyak tangkapan dibuat tahun ini terhadap mereka yang disyaki terbabit dalam kegiatan keganasan.

Katanya trend tangkapan terhadap mereka yang terlibat dalam kegiatan keganasan juga menunjukkan peningkatan yang membimbangkan dalam tempoh empat tahun kebelakangan ini.

Pada 2013 hanya empat individu ditahan, namun bilangan itu meningkat mendadak pada 2014 kepada 59 orang,  2015 (82 orang) dan 2016 (119 orang), katanya. – BERNAMA

Kategori