Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

JBPM Terbangkan Ibu Orang...

GUA MUSANG - Seorang ibu Orang Asli yang sarat mengandung dari Pos Gob...

Boleh Dapat Rawatan Perubatan...

SERDANG - Tiada masalah bagi individu melakukan perjalanan melebihi 10 kilometer bagi mendapatkan rawatan...

Penemuan Tangan Dipotong Cetus...

PENEMUAN 52 tangan yang telah dipotong di bandar Khabarovsk di Siberia, berhampiran sempadan...

23 ADUN Dijangka Menghadap...

SEMUA 23 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menyokong Perikatan Nasional (PN) untuk...

Kegilaan `Cabaran Garam Dan Ais’ Menular

HATI-HATI ibu bapa. Sekarang ini terdapat kegilaan baru di media sosial di mana remaja di luar negara akan membakar kulit mereka kemudian meletakkan ais dan garam di tempat yang mengalami luka itu.

Kegilaan berkenaan dikenali sebagai `cabaran garam dan ais’. Peserta yang mengambil bahagian perlu menahan diri bagi melihat berapa lama mereka dapat menahan kesakitan tersebut.

Selepas itu mereka akan berkongsi gambar luka terbabit di media sosial.

Meskipun ia berlaku di luar negara, namun tidak mustahil aksi gila dan bodoh ini boleh merebak di negara ini terutama kepada mereka yang gemar mengikut aksi bodoh di internet.

Akibat kebodohan tersebut juga, ada remaja terpaksa dibawa ke hospital akibat luka melecur. Keadaan ini mengakibatkan polis di Yorkshire memberi amaran kepada ibu bapa dan guru-guru supaya memantau anak-anak serta pelajar mereka.


“Tolong beri amaran kepada anak-anak anda agar tidak mengambil bahagian dalam cabaran yang membahayakan ini,” kata polis.

Ini kerana ia bukan hanya mendatangkan kesakitan malah luka yang dialami meninggalkan parut kekal. – MYNEWSHUB.CC

Kategori