PEREMPUAN ini, Krystle Villanueva sepatutnya direjam sampai mati. Dia memang tidak ada perasaan dan hati perut kerana sanggup menikam anak perempuannya yang berusia lima tahun, Giovanna Larae Hernandez hingga mati.
Lebih menyakitkan hati ialah apabila gambar mugshot yang diambil ketika dia dituduh membunuh anaknya itu, adalah dalam kedaan dia tersenyum dan ketawa.
Krystle, 24, langsung tidak berasa bersalah itu, turut menikam bapa mertuanya, Eustorgio Arellano-Uresti ketika lelaki itu cuba menghalangnya daripada menikam Giovanna, di rumah mereka di Texas.
Dia kini berdepan dengan hukuman penjara seumur hidup. Meskipun laporan toksilogi masih belum dikeluarkan, namun rakan-rakan Krystle menyatakan wanita itu merupakan penagih dadah.
Krystle juga ketagih alkohol malah pernah dimasukkan ke pusat pemulihan pada 2015.
“Dia ke pusat pemulihan untuk menjalani program selama 90 hari dan selepas keluar, dia kelihatan bagus serta mendapat pekerjaan.
“Dia cuba mendapatkan pertolongan. Saya tidak tahu apa sebenarnya berlaku,’’ kata rakan Krystle, Sabrine Sifuentez. – MYNEWSHUB.CC