Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

BN Pilihan Terbaik Rakyat...

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) masih merupakan pilihan terbaik bagi rakyat Semporna...

“Masa Berlakon Tak Pegang,...

BARU-BARU ini kecoh seketika mengenai satu rakaman video Bigo yang tersebar mengaitkan pelakon...

VIDEO: Wanita Dirakam Berbogel...

VIDEO seorang wanita yang bertindak berbogel ketika membonceng sebuah motosikal di Rusia telah...

Teks Penuh Ucapan Bajet...

1. Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera. 2. Syukur Alhamdulillah, atas nikmat Allah...

Kekal Keharmonian Tanggungjawab Bersama

SANDAKAN – Semangat muhibah, perpaduan dan kerjasama yang terjalin dalam masyarakat majmuk di negara ini pada hari ini perlu sentiasa dipelihara, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata ini penting kerana mengekalkan keharmonian dan perpaduan masyarakat berbilang kaum adalah tanggungjawab bersama yang mewujudkan kestabilan politik, kemajuan ekonomi dan kemakmuran sosial dan manfaatnya akan dinikmati oleh seluruh masyarakat.

“Saya percaya dengan kukuhnya ikatan ukhuwah sesama umat Islam dan akrabnya semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum dan agama di negeri ini, kerajaan akan dapat meneruskan perancangan dan memperhebatkan usaha pembangunan.

“Ia akan memastikan kesinambungan pelaksanaan dasar dan program pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan umat Islam dan rakyat pada keseluruhannya,” katanya pada majlis perarakan dan perhimpunan sambutan Maulidur Rasul peringkat Daerah Sandakan di sini, hari ini.

Musa mengetuai perarakan disertai 52 kontinjen dari Padang Bandaran Sandakan ke Masjid Daerah Sandakan.


Beliau berkata dalam menjayakan perjuangan ummah dan mencontohi keperibadian Nabi Muhammad SAW, penting untuk umat Islam mengukuhkan ikatan ukuwah Islamiah yang menjadi tonggak kejayaan, kekuatan dan kemajuan ummah.

Musa berkata hari ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai cabaran antaranya perbalahan, perpecahan dan persengketaan sesama sendiri menjadikan umat Islam lemah dan mudah diperkotak-katikkan untuk kepentingan pihak tertentu.

“Justeru, marilah kita memantapkan ukhuwah dan mengukuhkan silaturahim sesama umat Islam kerana hanya dengan kesatuan dan perpaduan, umat Islam akan menjadi umat yang cemerlang dan dihormati,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori