Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

SOPMA Pentas Atlet Tempa...

IPOH - Sukan Orang Pekak Malaysia (Sopma) ke-20 diharap menjadi pentas untuk para...

Mengejutkan! Dua Pelajar Sekolah...

DUA pelajar lelaki berusia 16 dan 17 tahun di Negeri Sembilan berhadapan kemungkinan...

Sidek Hassan Akan Letak...

KUALA LUMPUR - Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan dilaporkan akan meletak...

Peguam Kejutkan Ramai, Tukar...

SEORANG peguam terkenal dan pakar perlembagaan telah mengejutkan ramai apabila secara tiba-tiba memutuskan...

Kekasih Kulit Hitam, Gadis Ini Hilang Dana Keluarga

WASHINGTON DC – Seorang remaja di Tennessee, Amerika Syarikat (AS), terpaksa memohon ihsan masyarakat selepas ibu bapanya enggan menanggung kos pengajiannya di sebuah kolej tempatan.

Allie Dowdle, yang tinggal dekat bandar raya Memphis, dikatakan tidak mahu lagi membiayai yuran pendidikan anak tirinya itu sejak gadis tersebut mengakui ‘berpacaran’ dengan Michael Swift, seorang pemuda kulit hitam.

Ini memaksa Allie melancarkan satu kempen kutipan derma menerusi laman sesawang popular GoFundMe dengan matlamat awal mengutip AS$10,000 (kira-kira RM44,625) untuk membantu dirinya membayar kos pengajian.

Menariknya, rayuan Allie mengenai kisah pahit dirinya itu menyebabkan dana dikutip berjaya melepasi sasaran yang ditetapkan apabila ia sudah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak AS$13,000 (kira-kira RM58,012)

“Sekitar setahun lalu, saya pernah menyatakan kepada kedua-dua orang tua bahawa saya mulai berkenalan dengan seorang pemuda bernama Michael,” tulis gadis 18 tahun itu menerusi GoFundMe yang dipetik media tempatan.

allie

“Awalnya saya ingin berkongsi kegembiraan dengan keluarga, lantas saya pun tunjukkan foto Michael, tetapi apa yang berlaku, kami langsung tidak berbual bahkan sudah ‘ditutup’ sebelum hendak dimulakan,” tambah Allie.

“Ayah saya tidak memberikan pilihan dan langsung melarang saya untuk bertemu dengan Michael selepas itu. Mengapa? Tidak ada alasan lain selain kerana warna kulitnya yang berbeza dengan keluarga kami,” ujar Allie.

Dia menambah, dirinya tidak dapat memahami mengapa seseorang dianggap tidak berharga hanya kerana warna kulitnya dan menegaskan: “Saya masih tidak memahaminya dan tidak akan pernah faham dengan isu tersebut.”

Allie menyatakan, secara diam-diam dia masih bertemu dengan Michael. Sebulan lalu, gadis itu kembali mendekati ibu bapa sambil berharap orang tuanya itu mula berubah fikiran, tetapi jangkaan remaja perempuan tersebut salah.


“Akhirnya, bulan lalu saya dan Michael datang menemui orang tua tetapi respon mereka malah lebih buruk daripada yang saya fikirkan. Kerana saya sudah usia 18 tahun, mereka memutuskan tidak akan tanggung saya lagi,” ujar Allie.

allie1

Kedua-dua ibu bapanya bahkan turut mengambil semua barang milik Allie yang mereka beri termasuk tabungan peribadi, kereta, telefon bimbit serta membiarkan Allie terpaksa membiayai sendiri yuran kuliah pengajiannya.

Ayah Allie, Bill Dowdle menyatakan, keputusan tegas mereka untuk tidak merestui hubungan anak perempuannya dengan jejaka kulit hitam adalah kerana pelbagai masalah berkaitan isu perkauman yang masih panas di AS.

Namun, Bill menjelaskan, bukan tugasnya lagi untuk memutuskan bagaimana hidup Allie kerana anak gadisnya itu sudah dewasa dan berkata, tidak merestui hubungan dengan Michael bukan sebab pemuda tersebut berkulit hitam.

“Saya dan isteri akan merestui siapa bakal suami yang disukai Allie tetapi kami tidak akan merestui hubungan dengan Michael dan kekasih sebelumnya kerana mereka memulai hubungan dengan diam-diam,” ujar Bill.

“Saya juga terpaksa menghentikan pembiayaan kuliah pengajiannya agar dia tidak lagi hidup manja, memahami keadaan sebenar dunia luar dan segera menjadi dewasa,” tambah Bill sebagai dalih. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori