Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Mohd Azraai Khor Kembali...

SEREMBAN - Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS) hari ini mengumumkan pelantikan Mohd Azraai...

Sauh Kapal Bawa Harta...

LONDON - Sebuah sauh yang dipercayai berasal daripada 'nahas kapal laut paling berharga'...

Pindaan 2 Akta Bukan...

PUTRAJAYA - Cadangan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Akta Suruhanjaya Komunikasi...

3,936 Kes Baru Covid-19,...

Sebanyak 3,936 kes baru Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,622,981.Ikuti Mynewshub: TelegramJumlah...

Kemajuan Melaka Mesti Disertai Dengan Pengisian

MELAKA – Kemajuan yang dicapai Melaka terutamanya melalui pelan Transformasi Melaka 2050 (TM50) mestilah disertai dengan pengisian dalam memastikan kemajuan itu bermakna buat seluruh rakyat negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata misalnya pembinaan bangunan hasil daripada kemajuan negeri ini mestilah digunakan secara optimum bagi memberikan faedah buat rakyat dan negeri secara keseluruhannya.

“Melalui Melaka Maju Fasa Pertama kita melihat Melaka mencapai kemajuan fizikal tetapi saya tidak mahu ada bangunan (hasil kemajuan) tetapi tiada pengisian.

Kemajuan dicapai mestilah diisi dengan kegiatan, itulah yang membezakan kita dengan yang lain,” katanya ketika berucap pada Majlis Amanat Ketua Menteri 2017 dan pelancaran Pusat Komersil Hang Tuah Melaka (HTMCC) di Ayer Keroh, di sini hari ini.

HTMCC, sebuah kawasan pembangunan ekonomi seluas 284 hektar sekitar Jalan Hang Tuah di sini, adalah komponen penting TM50 yang merupakan pelan pembangunan negeri ini menjelang tahun 2050.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Idris berkata TM50 mempunyai 34 komponen pembangunan yang akan diisi dengan pelbagai aktiviti ekonomi, pendidikan, sosial, politik dan budaya.


“Ia akan menjadi landasan dan kerangka kepada kemajuan Melaka seterusnya mengimbangi kemajuan yang dibawa oleh pelabur luar terutamanya dari China,” katanya.

Mengulas mengenai HTMCC pula, beliau berkata semua bangunan yang bakal dibangunkan di kawasan itu bakal menggunakan pendekatan bercirikan ‘mesra hijau’ dalam sebuah sistem bandar raya pintar.

“Saya sedang arahkan beberapa pihak untuk buat kajian tanah terutama di kawasan Hang Tuah Mall, bangunan (di kawasan) itu nanti dirobohkan dan diganti dengan bangunan baharu,” katanya. – BERNAMA

Kategori