Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

DAP Minta Hentikan Politik...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang meminta UMNO supaya tidak lagi...

22 Pendatang Asing Warga...

KOTA KINABALU - Polis menahan 22 pendatang asing tanpa izin warga Filipina menerusi...

Mak Aiii.. Trend Bergambar...

BERISTIGHFAR panjang kami jadinya melihat gambar aksi tidak senonoh yang dilakukan pasangan kekasih...

Video: Leka Bermain Telefon,...

PETALING JAYA - Kelekaan seorang remaja wanita yang terlalu 'khusyuk' menggunakan telefon bimbit...

Kenaikan Pangkat Perlu Lepasi Tapisan SPRM

PUTRAJAYA – Urusan pelantikan dan penempatan pegawai-pegawai kanan perkhidmatan awam termasuk ketua setiausaha kementerian dan ketua jabatan adalah tertakluk kepada tapisan keutuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menyatakan lulus tapisan keutuhan SPRM adalah antara syarat yang perlu dipenuhi oleh pegawai yang diperakukan kenaikan pangkat.

Selain itu, pegawai berkenaan haruslah memenuhi syarat lain seperti disahkan dalam perkhidmatan, mencapai tahap prestasi ditetapkan, bebas hukuman tata tertib dan telah mengisytiharkan harta.

“Dalam hal ini, ingin ditegaskan bahawa semua penjawat awam adalah tertakluk kepada peraturan yang telah ditetapkan dan tiada yang terkecuali,” kata JPA hari ini dalam kenyataan berhubung urusan kenaikan pangkat penjawat awam berikutan berlakunya kes penjawat awam yang ditahan SPRM.

Baca: Jawatan Strategik: SPA Jangan Lantik Perasuah

Menurut JPA sekiranya pegawai yang dicadangkan untuk mengisi jawatan tertentu melepasi semua tapisan termasuk tapisan SPRM, barulah jabatan itu melaksanakan urusan penempatan dan kenaikan pangkat pegawai berkenaan.

“Siasatan dan pertuduhan yang disabitkan pada bila-bila masa selepas penempatan dan kenaikan pangkat tersebut tidak menghalang tindakan mengikut undang-undang yang berkuat kuasa diambil,” kata JPA.


Jabatan itu juga sentiasa bekerjasama dengan pihak SPRM dan Jabatan Audit Negara dalam memastikan integriti penjawat awam terus dipantau dari semasa ke semasa.

Minggu lepas, seorang ketua setiausaha sebuah kementerian berpangkat ‘Datuk’ ditahan reman oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam perbuatan rasuah. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • SPRM

Kategori