Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

3 Pemuzik Jalanan Ditahan,...

Langkawi : Tiga sahabat termasuk seorang wanita kumpulan pemuzik jalanan (buskers) ditahan kerana...

Masih Berharap, Pembunuh Kekasih...

HINGGA ke hari ini, James Soh masih tidak dapat lupakan apa yang berlaku...

Coco Gadis Pelat Mat...

GADIS pelat Mat Saleh yang kini bergelar instafamous, King Coco dikatakan sudah mendirikan rumah...

Janji Hapus Tol 2...

HAMPA... Hasrat jutaan rakyat Pulau Pinang terutama penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menikmati...

Kenapa Perlu Bomoh, Ustaz Asmawi Sedia Membimbing

JIKA diperhatikan, kebanyakan ibu bapa gemar mencari dukun, bomoh, pawang apabila panik melihat anak mereka yang kononnya disampuk hantu atau jin.

Namun, sebenarnya jika diperhalusi, semua penyakit itu boleh dipelajari dengan mengetahui asas-asas rawatan Islam yang sebenarnya.

Bagi tujuan itu, penceramah agama terkenal, Ustaz Tuan Asmawi Tuan Umar bersedia membimbing mereka yang ‘dahagakan’ ilmu pengetahuan dalam bidang asas rawatan Islam menerusi kursus dua hari yang akan berlangsung pada 14 dan 15 Januari ini.

Menerusi entri di laman Facebook miliknya, Ustaz Tuan Asmawi menceritakan pengalamannya sepanjang bergelar pengasas perawatan Islam.

“MENGAPA PERLU CARI DUKUN, BOMOH, PAWANG SEGALA…MEH SAYA AJAR KAMU.  Adakalanya saya kesian bila melihat ibu bapa punya panik bila anak mereka kena sampuk, cikgu sekolah kelam kabut cari ustaz, bomoh, dukun etc bila murid mereka kena histeria, ada yang sanggup redah masuk kampung di malam gelap gelita nak cari tok pawang sebab nampak ‘hantu’ kononnya.

“Betul, seperti mana sakit biasa, kita kena cari doktor tetapi kita juga ada kaedah bantu mula atau first aid, ada kaedah CPR dan sebagainya…begitu juga ‘benda ghaib’ ni…ada kaedah ‘first aid’ juga…cubalah belajar dan ambil tahu sikit…takkan asyik nak bergantung pada orang lain.

“Kita sendiri pun boleh buat sebenarnya, at least pengetahuan asas untuk diri sendiri dan ahli keluarga kita…lepas tu kalau nak buat rawatan susulan dengan mereka yang lebih mahir, teruskan,” katanya.

Menurutnya, Al-Quran itu sendiri mengandungi ‘penyelesaian’ terhadap semua permasalahan malangnya ramai di antara kita terlalu bergantung kepada orang lain hingga akhirnya menjadi mangsa pada ‘ustaz palsu’ dan mereka yang hendak mengambil kesempatan atas nama rawatan Islam.

“Yang penting kenalah berguru..dan bila bercakap pasal perawatan Islam ni ni benda asas seperti bacaan Al-Quran, tajwid, sebutan kenalah perbaiki dulu…kalau faham makna ayat yang dibaca lebih baik supaya maksudnya tak lari,” katanya.


Beliau kini giat memberi rawatan, ceramah, dan muncul dalam program TV, radio, akhbar serta majalah berkaitan kaedah perawatan Islam.

Tambah graduan pengajian Islam dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yamg fasih berbahasa Arab ini, banyak masalah mengenai benda yang ‘tak nampak dengan mata kasar ‘ boleh diselesaikan sendiri sebenarnya.

“Atas kesedaran itulah, saya nekad untuk bekerjasama dengan rakan-rakan bagi menganjurkan kursus asas rawatan Islam kepada individu, ibu bapa, guru-guru…siapa sajalah yang berminat.

“Kursus dua hari di Kajang, Selangor pada 14 dan 15 Januari ini bukan jalan pintas atau ‘short cut’ dalam bidang ini…juga bukan bertujuan menjadikan seseorang peserta itu ‘tok bomoh’…tetapi lebih kepada memberikan ILMU ASAS dan ‘first aid’ sekiranya berlaku perkara-perkara yang sebutkan di awal tadi,” ujarnya lagi.

Kenapa Perlu Bomoh, Ustaz Asmawi Sedia Membimbing

Ditanya lanjut melalui kursus itu, Tuan Asmawi berkata, yuran penyertaan sebanyak RM250 seorang dikenakan pada mereka yang berminat. Ia meliputi kelas bimbingan dan praktikal selama dua hari berturut-turut dari 9 pagi hingga 5 petang (termasuk makan minum dan pemberian nota-nota penting).  Jumpa di sana! – MYNEWSHUB.CC

Kategori