Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Pengutip Derma Ditampar...

IPOH - Polis menjalankan siasatan terhadap tindakan seorang lelaki menampar pengutip derma di...

PH Jadi Kuda Tunggangan...

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengaku sedia menjadi...

“Saya Boleh Hadiri Muktamar...

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan...

Syed Saddiq Dan Kepakaran...

"Kami kesal kerana premis ini tidak dapat digunakan bagi tujuan keusahawanan, tetapi malah...

Kenyataan Media Datuk Seri Dr. Irmohizam Isu BR1M

TERKINIĀ Tun M akui Dasar Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengenai BR1M benar-benar bantu rakyat.

1. Sukar untuk dinafikan manfaat BR1M yang ternyata baik untuk rakyat. Bantuan Rakyat 1 Malaysia dikecam hebat oleh Tun Dr. Mahathir kononnya umpama rasuah dan salah di sisi undang-undang. Namun hakikatnya kenyataan beliau adalah bercanggah dengan apa yang telah diperkatakan sebelum ini. Bagaikan sudah lidah jilat kembali, apabila Tun Mahathir membayangkan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini bakal diteruskan sekiranya mereka menang dalam pilihan raya umum.

2. Sikap pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia melambangkan prinsip yang tidak teguh apabila sering -tukar pendirian. Setiap pemimpin dan sesuatu dasar parti perlu tetap dengan pendirian kerana ia merupakan simbol kepercayaan rakyat dan keutuhan sistem kerajaan yang ingin dibentuk. Bantuan Rakyat 1 Malaysia bukan sahaja meringankan beban rakyat malah merupakan jaringan keselamatan sosial yang terbukti berkesan. Kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja meneruskan Bantuan Rakyat 1 Malaysia ini, malah menaikkan jumlahnya sehingga ke paras maksimum pada tahun 2017.

3. Janganlah menyangkal setiap dasar kerajaan yang mensejahterakan rakyat tanpa usul mengkaji kebaikannya. Jangan pula memburukkan kebaikan kerana kelak boleh jadi seperti paku dulang paku serpih. Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, Kerajaan Barisan Nasional komited dalam melaksanakan kesejahteraan rakyat seperti apa terkandung dalalm manifesto Barisan Nasional walaupun negara berhadapan dgn situasi ekonomi dunia serta jangan dijadikan alat provokasi terutamanya kepada mana2 kenyataan individu yg boleh menjejaskan kepada kestabilan politik dan ekonomi Malaysia sehinggakan dasar-dasar seperti BR1M tidak dpt dilaksanakan berdasarkan denyut nadi rakyat kerana sering dipertikaikan dan dikelirukan.

YB Datuk Seri Dr. Irmohizam bin Ibrahim,
Ahli Parlimen Kuala Selangor Merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.

Kategori