Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Sila ‘Left Whatsapp Group’...

ANTARA aplikasi yang pasti ada dalam telefon pintar kebanyakan kita pada hari ini...

Pusat Pengumpulan PPK Kuala...

BANTING - Pengwujudan pusat pengumpulan hasil ladang Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat...

Tiga Lelaki Samun 29...

ALOR GAJAH - Tiga lelaki, seorang daripadanya bersenjatakan sebilah parang melarikan 29 telefon...

Manifesto BN Kelantan Berteraskan...

PASIR PUTEH - Manifesto yang sedang dirangka Barisan Nasional (BN) Kelantan bagi menghadapi...

Keputusan Siasatan Bunga Api Meletup Dua Minggu Lagi

KLANG – Keputusan siasatan dalaman berhubung insiden bunga api meletup dan mencederakan 14 orang semasa sambutan tahun baharu 2017 di padang Kompleks Sukan Pandamaran di sini akan diketahui kira-kira dua minggu lagi.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Klang Datuk Mohamad Yasid Bidin berkata siasatan yang dijalankan empat pegawai MPK itu antara lain akan menentukan sama ada prosedur operasi standard (SOP) telah dipatuhi.

“MPK memberi jaminan sekiranya siasatan mendapati terdapat pelanggaran SOP atau kecuaian, kakitangan yang bertanggungjawab akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan bagi memberi keterangan berhubung insiden berkenaan.

Turut dipanggil memberi keterangan ialah Ketua Jabatan Kemasyarakat MPK Zaireezal Ahmad Zainuddin.

Dalam insiden pukul 12.05 tengah malam itu, 10 orang dewasa dan empat kanak-kanak cedera apabila bunga api yang dipasang bagi meraikan kedatangan tahun baharu 2017 menuju ke arah penonton dan meletup.


Pertunjukan bunga api itu adalah acara kemuncak bagi Fiesta Gegar Klang 2016 yang berlangsung dari 30 Disember hingga 1 Januari.

Ditanya mengenai laporan bahawa kontraktor yang dilantik bagi mengendalikan pertunjukan bunga api itu tidak mempunyai lesen, Mohamad Yasid berkata: “Itu saya akan dedahkan setelah siasatan selesai.” – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori