Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Khaled Berterima Kasih Atas...

JOHOR BAHRU - Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin merakamkan penghargaan...

Scha Hati Kering, Kecaman...

PELAKON dan pengacara terkenal, Scha Alyahya menjadi perhatian ramai selepas mengambil keputusan untuk...

Bekas Senator Dipanggil Ke...

Bekas senator Siti Aishah Shaik Ismail dipanggil polis sekali lagi. Kali ini dia...

4 September Cuti Sempena...

KUALA LUMPUR - Tanpa djangka mana-mana pihak, kerajaan mengumumkan berita gembira apabila mengisytharkan...

Kerajaan Johor Milik Sultan Johor – TMJ

KUALA LUMPUR – “Semua stadium di Johor sememangnya milik kerajaan Johor dan kerajaan tersebut pula adalah milik siapa? Milik DYMM Sultan Johor yang telah wujud sejak tahun 1885.”

Justeru, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah terpulang kepada ayahandanya, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagaimana menggunakan semua milik kerajaan Johor.

Baginda turut meminta jangan ada mana-mana pihak menyamakan Johor dengan negeri lain di Malaysia kerana Johor wujud sebelum kemerdekaan dengan cara tersendiri dan dengan sistem berperlembagaan tersendiri.

“Negeri Johor juga adalah kubu kuat parti pemerintah sekarang. Tarikh untuk rakyat negara keluar mengundi sudah hampir.

“Oleh itu jangan cuba menjolok sarang tebuan kerana kelak buruk padahnya,” titah baginda yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam satu kenyataan semalam.

Baca: “Saya Sedar Saya Hanya Rakyat Biasa,” Kata Annuar

Kenyataan baginda itu dipercayai ditujukan kepada bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang didakwa mempersoalkan fasiliti milik kelab JDT.

Tunku Ismail sebelum ini sering mengkritik persatuan bola sepak lain kerana didakwa menggunakan wang kerajaan yang merupakan wang rakyat untuk pasukan bola sepak.


Baginda seterusnya mengkritik Annuar kerana meninggalkan KAFA sewaktu persatuan itu sedang menghadapi masalah besar.

“Sedangkan KAFA pun Tan Sri tak boleh nak urus, elok Tan Sri lupakan hasrat menerajui bola sepak negara,” titah baginda lagi.

Tunku Ismail turut meminta Annuar tidak `sibuk mencari kudis di kaki orang lain sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati’

“Pandangan ikhlas dari saya, dulu masa Tun Dr. Mahathir (Mohamad) bagi awak duit yang banyak untuk menangkan kembali Kelantan, untuk anda gunakan wang tersebut sebaiknya demi kebajikan rakyat, bukan untuk beli sebuah kereta Porsche Panamera,” titah Tunku Ismail. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori