Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Kes Manusia Positif...

BUTTERWORTH - Malaysia tidak mempunyai kes manusia yang positif jangkitan Penyakit Anjing Gila...

Kes Baharu Covid-19 Menurun...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1,828 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah...

Gambar Adik Fasha Sandha...

ORANG kata dalam dunia ni ada tujuh orang yang berwajah seakan-akan seiras dan...

Nama Disalah Guna, Paknil...

KUALA LUMPUR - Pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi atau Paknil membuat laporan polis...

Kaji TPA, Bantu Kerajaan Bangsamoro

KUALA LUMPUR – Kerajaan Malaysia sedang mengkaji sekiranya wujud keperluan Tim Perantau Antarabangsa (TPA) mengambil peranan yang lebih luas seperti membantu kerajaan Bangsamoro dalam menyelaras projek pembangunan di wilayah berkenaan.

Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Johari Baharum berkata ia bertujuan membantu kerajaan Bangsamoro mentadbir wilayah berkenaan dengan cara yang paling berkesan.

“Kerajaan Malaysia akan terus memberi komitmen dalam membantu kerajaan Bangsamoro yang akan dibentuk kelak.

“Pembangunan wilayah berkenaan telah menyaksikan suasana tidak stabil sejak 40 tahun yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Johari melakukan lawatan ke Ibu Pejabat TPA-Malaysia ke-11 (TPA-M 11) di Mindanao, Filipina semalam.

Beliau berkata kehadiran kontinjen TPA-M 11 sangat signifikan dalam menentukan kejayaan proses gencatan senjata antara pihak Moro Islamic Liberation Front (MILF) dan kerajaan Filipina.

Dalam pada itu, Mohd Johari berkata antara tujuan TPA-M diwujudkan adalah untuk menjalankan tugas-tugas pemantauan dan mengawasi secara dekat proses gencatan senjata antara MILF dan kerajaan Filipina.


“Di samping itu, ia juga bagi mewujudkan suasana yang lebih kondusif dan aman bagi proses perjanjian damai antara kerajaan Filipina dan MILF di Mindanao.

“Pada masa ini proses perjanjian damai berada pada tahap akhir di mana semua kerangka utama dalam perjanjian telah dimeterai,” katanya.

Beliau berkata perkembangan itu memberi petunjuk kepada keberkesanan kehadiran TPA di sana.

Semasa lawatan itu, Mohd Johari bertemu dengan Timbalan Pengerusi MILF, Sir Ghadzali Jaafar dan pimpinan utama MILF dan beliau turut berkesempatan beramah mesra bersama anggota ATM, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pegawai Kementerian Luar Negeri yang sedang berkhidmat bersama TPA-M. – BERNAMA

Kategori