Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kek Logo Parti Politik...

HARI Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang akan menjelang tidak lama lagi telah...

Bapa Dipenjara 36 Tahun,...

Putrajaya : Seorang bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 20...

Video: Datuk Farid Ridzuan...

KUALA LUMPUR - Perlumbaan Grand Prix Formula Satu (F1) 2017 yang diadakan selama...

Pakatan Bantah RUU355 Bimbang...

KUALA LUMPUR - Usaha PAS meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965...

Kerajaan Sarawak Nafi Keluar Amaran Terhadap Najib

KUCHING – Ketika ini, antara modus operandi pembangkang adalah cuba mewujudkan perasaan kurang senang dalam kalangan rakyat Malaysia menerusi laporan tidak benar dan cuba keliru fakta.

Tentera siber antikerajaan Barisan Nasional (BN) dan netizen propembangkang begitu mudah mengeluarkan kenyataan palsu berbaur hasutan terutamanya apabila berkait rapat dengan isu sensitif pihak kerajaan.

Terbaharu, kononnya Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg telah mengeluarkan amaran terhadap kerajaan pusat yang diketuai oleh Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.

Kenyataan media palsu tersebut malah sudah menjadi tular apabila disensasikan menerusi beberapa laman sosial. Berikut merupakan ayat-ayat yang kononnya keluar dari pihak kerajaan negeri terhadap Perdana Menteri:

“AMARAN TEGAS CM SARAWAK TERGHADAP KERAJAAN NAJIB !

KUCHING _ ABANG JOHARI:

“Menyedari kuasa saya sebagai Ketua Menteri kerajaan Sarawak yang setaraf kuasa seseorang yang memegang jawatan Perdana Menteri dalam tampuk kepimpinan di kerajaan persekutuan, dan setelah meneliti, mengambil kira kepentingan suara rakyat Bumi Kenyalang hatta meneliti aspek kemunduran yang masih tiada perubahan sepanjang 53 tahun bergelar sebagai salah satu negara bersekutu dalam persekutuan Malaysia

Dengan rasa penuh patriotik saya ketika ini sebagai anak jati Sarawak, di sini, hari ini saya dengan rasa berat hati namun atas dasar mengutamakan kebajikan anak bangsa Sarawak, saya ingin memberi kata dua yang mana jika sekiranya kepimpinan kerajaan pusat masih terus berdolak dalih dalam perlaksanaan serta enggan menghormati segala yang telah disepakati dan telah termeterai siap ditandatangani bersama dalam dokumen perjanjian Malaysia 1963 (MA63),

Maka, saya tiada lagi pilihan lain selain mahu bubarkan parti Barisan Nasional di bumi Sarawak dan seterusnya akan menubuhkan kerajaan negara Sarawak yang baru dari kalangan parti-parti politik tempatan Sarawak sendiri yang akan memimpin serta bersama mengemudi kerajaan Sarawak dalam Kabinet saya tanpa ada lagi campur tangan kuasa kerajaan dari luar Sarawak yang menguasai kepimpinan saya, malah juga kepimpinan kerajaan generasi masa datang sarawak.

Hari ni juga Abang Johari Tun Abang Haji Openg Telah membuat kenyataan yang sama seperti yang ditegaskan oleh Almarhum Tan Sri Adenan Satem iaitu bahasa Inggeris adalah muktamad sebagai bahasa rasmi pendidikan serta urusan rasmi kerajaan Sarawak.

Bahasa Inggeris adalah bahasa Universal yang diguna pakai untuk berhubung di seluruh dunia dan setiap negara mempelajarinya. Justeru saya mahu melihat seluruh orang di Sarawak bertutur dalam bahasa Inggeris selepas ini.”


Dan bagi menghormati jasa pengasas serta penubuh Sarawak iaitu Sir Rajah James Brooke yang malangnya telah dicatat di dalam buku pendidikan sejarah sebagai penjajah British, beliau melaungkan, ”saya akan melakukan sesuatu berhubung banyak kesalahan fakta-fakta sejarah sebenar Sarawak yang telah diputar belit yang malah saya lihat semakin menjadi-jadi dilakukan oleh pihak yang berkepentingan politik di Malaysia ini sehingga sanggup untuk memperbodohkan anak bangsa Sarawak dengan momokan fakta sejarah putar alam.”

Surat terbuka yang konon datang daripada Abang Johari itu pantas mendapat respons daripada kerajaan negeri Sarawak sekali gus mengesahkan ia adalah fitnah jahat pihak tertentu yang ada agenda kepentingan sendiri.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Abdullah Saidol, kerajaan negeri menafikan sekeras-kerasnya ada mengeluarkan kenyataan seumpama ini.

cm swk

Menurut kenyataan berkenaan, status yang dimuat naik menerusi laman sosial ini jelas berniat jahat dan cuba menimbulkan perasaan kurang senang antara kedua-dua belah pihak.

Kata Abdullah lagi, status berkenaan jelas berniat jahat dan kerajaan negeri tidak teragak-agak sedia mengambil tindakan terhadap penyebar status palsu berkenaan.

Inilah payahnya apabila media sosial digunakan sebagai tempat untuk adu domba. Mungkin si perlaku berasakan, inilah peluang terbaik untuk mereka menimbulkan suasana tegang antara kerajaan negeri dan persekutuan.

Namun, ia bukanlah satu tindakan bijak melainkan bakal mengundang si perlaku dihadapkan ke mahkamah dan seterusnya dipenjarakan pula. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori