Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Junjung Kasih Peranan Raja-Raja...

IPOH - Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu menyeru seluruh rakyat agar menjunjung...

Pesawat Bawa Rakyat Malaysia...

KUALA LUMPUR - Pesawat khas yang disewa bagi membawa pulang rakyat Malaysia di Wuhan,...

ADUN PKR Inanam Umum...

KOTA KINABALU – Ketika PKR sibuk mencanangkan kononnya beberapa wakil rakyat BN dari...

Raja Ema Selesa Dipanggil...

TAMPIL berkeyakinan dengan imej baharu, pelakon dan penyanyi Raja Ema Raja Ibrahim akui...

Kes Demam Denggi Meningkat Di Enam Negeri

PUTRAJAYA – Kes demam denggi mencatatkan peningkatan di enam negeri iaitu Selangor, Perak, Kedah, Pahang, Pulau Pinang dan Kelantan pada minggu ketiga tahun ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi tempoh 15 hingga 21 Januari, sebanyak 2,053 kes dilaporkan di kesemua negeri itu dengan peningkatan sebanyak 177 kes (9.43 peratus) berbanding 1,876 kes pada minggu sebelumnya (8 hingga 14 Jan).

Katanya, daripada jumlah itu, enam kematian dilaporkan pada minggu ketiga tahun ini, menjadikan jumlah kumulatif kematian di seluruh negara sebanyak 13 kes dalam tempoh tiga minggu pertama tahun ini berbanding 23 dalam tempoh sama tahun lepas.

“Jumlah kumulatif kes deman denggi dari 1 hingga 21 Januari ini adalah 5,592 kes, penurunan 46.7 peratus (4,890 kes) berbanding tempoh sama tahun lepas iaitu sebanyak 10,482 kes,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dr Noor Hisham berkata cuaca yang tidak menentu pada masa sekarang boleh meningkatkan lagi kadar pembiakan Aedes jika takungan-takungan air dibiarkan

tanpa diperiksa dan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.


“Kawasan tempat kediaman pesakityang meninggal itu adalah merupakan sama ada kawasan wabak atau kawasan yang mempunyai kadar pembiakan yang tinggi,” katanya.

Mengenai situasi jangkitan virus Zika, katanya, berdasarkan laporan terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 20 Januari lepas, jangkitan yang turut

dibawa oleh nyamuk Aedes dilaporkan di 76 buah negara.

Di Malaysia, bilangan kes positif Zika yang dilaporkan dari 1 September sehingga 31 Disember lepas adalah sebanyak lapan, katanya.

Menurutnya, pemantauan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) dan Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dari 1 hingga 21 Januari lepas, mendapati hasil ujian 97 sampel darah dan air kencing daripada pesakit, yang menunjukkan simptom virus Zika, adalah negatif.- BERNAMA

Kategori