Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Majikan Wajib Mohon Pekerja...

PUTRAJAYA - Semua majikan diwajibkan membuat permohonan mendapatkan pekerja asing secara dalam talian...

Kevin Morais: Kereta Dijumpai...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kereta dipercayai milik Timbalan...

35 Jemaah Umrah Maut...

RIYADH - Sekurang-kurangnya 35 jemaah umrah terkorban manakala empat lagi cedera dalam nahas...

Iqram Hina Nabi, Ustaz...

BERPADA-PADALAH kalau mahu 'berseni' pun… Tindakan pelakon Iqram Dinzly yang memberi gelaran "Che...

Kes Ikat Kanak-kanak Di Taska: Empat Wanita Ditahan

KUALA LUMPUR – Empat wanita ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes tiga kanak-kanak yang diikat dan dipercayai didera di sebuah taska di Bangi dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Othman Nanyan berkata semua wanita berkenaan, berusia antara 24 dan 46 tahun itu ditahan petang tadi.

“Tiga wanita dipercayai pekerja taska ditahan di taska itu di Bandar Baru Bangi pada pukul 4.20 petang tadi.

“Hasil siasatan lanjut, seorang lagi wanita berusia 46 tahun yang merupakan pengurus taska berkenaan, ditahan di sebuah pangsapuri di Bangi pada pukul 5 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.


Semalam, gambar kanak-kanak berkenaan yang diikat kaki dan tangan serta mulut mereka ditutup di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Bangi dekat sini, tersebar di laman sosial.

Menurut Othman, kanak-kanak terbabit juga telah menjalani pemeriksaan di hospital dan didapati tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • taska

Kategori