Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

ā€˜Vacuum Challenge’ Pula Jadi...

KEMUNCULAN pelbagai 'challenge' yang tular di laman sosial menyebabkan ramai yang mahu mencuba...

Harga Maksimum Minyak Masak...

PUTRAJAYA ā€“ Harga minyak masak sawit tulen kemasan botol lima kilogram (kg) sekali...

Lelaki Pakistan Dipenjara 2...

SHAH ALAM - Gara-gara memberi suapan RM50 kepada seorang anggota polis berpangkat Lans...

Sarimah Seronok Bergambar Sakan...

TIDAK sampai setahun setelah kunjungan pertamanya sekitar bulan Januari lalu, bintang Hollywood terkenal...

Kesian Pakcik Ni, Difitnah Jual Makanan Tak Halal

SEPERTIĀ sudah menjadi satu penyakit keturunan dalam diri setiap manusia, penyakit ‘busuk hati’ akan semakin terserlah apabila manusia terlibat dalam perniagaan.

Tidak kira apa sahaja perniagaan yang dijalankan pasti ada sahaja pihak yang iri hati dan tidak senang duduk melihat rezeki yang diperolehi peniaga lain.

Terbaharu, seorang lelaki yang begitu dikenali di sekitar Muar, Johor kerana menjalankan perniagaan Mee Siput telah difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab mengatakan makanan yang dijualnya tidak halal serta ‘haram’ dimakan.

Menerusi perkongsian netizen, surat layang berkenaan mendakwaĀ Mee SiputĀ milik peniaga Amir Hamzah adalah buatan kilang milik peniaga Cina dan bahan mentah yang digunakan pula didakwa tidak bersih.

Kesian Pakcik Ni, Difitnah Jual Makanan Tak Halal

“AwasĀ wahai Muslimin/Muslimat yang dikasihi, tahukah bahawa mee siput yang dijual itu buatan kilang orang bukan Islam? Dari mana bekalan diperolehi penjaja ini?

“Katanya dia dapat dari seorang usahawan Melayu di Kampung Kelantan…difahamkan usahawan itu hanya menggoreng sahaja tetapi bahan mentahnya dan kilang orang bukan Islam di Tanjung Agas (tangkak).

“Jangan hanya lihat perkataan halalĀ yang dipamerkan di tepi bakul penjaja sahaja, sungguh mengelirukan. Tolong perhatikan yang masuk ke dalam perut kita dan perut anak-anak kita yang bersih, yang suci dan betul-betul halal. Jadi dapatkan mee siput buatan orang Islam,” tulis surat berkenaan.

Kesian Pakcik Ni, Difitnah Jual Makanan Tak Halal


Kesian Pakcik Ni, Difitnah Jual Makanan Tak Halal

Entah dari mana idea kurang bijak penyebar fitnah ini yang hanya pandai menabur fitnah tanpa mengemukakan bukti yang benar kepada orang ramai.

Difahamkan, mee berkenaan dibuat sendiri oleh pakcik ini dan sudah bertahun-tahun dia melakukan perniagaan tersebut. Daripada mula berniaga dengan menggunakan basikal sehinggalah mampu membeli motosikal hasil titik peluhnya sendiri.

Apa yang pasti, penyebar fitnah itu mungkin merupakan pengedar atau penjual mee siput kerana daripada gaya ‘persembahanan’ suratnya, ia seakan meminta orang ramai membeli mee siput buatan orang Islam yang mana merujuk kepada pengedar daripada kalangan-kalangan mereka.

Sesungguhnya sikap busuk hati ini perlu di buang sejauh yang mungkin. Tidak akan maju sesuatu peniagaan jika masih mengamalkan sikap busuk hati seperti ini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori