Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Individu Ada Aset, Kekayaan...

CYBERJAYA - Individu yang mempunyai aset dan kekayaan tidak setimpal dengan pelaporan cukai...

Tiada Undang-Undang Jelas Halang...

KUALA LUMPUR - Tiada undang-undang jelas yang boleh digunakan bagi menghalang diadakan pilihan...

Krisis MB Selangor: ‘Tunjuk...

PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Kelang, Saari Sungib mencabar...

500,000 Pelawat Dijangka Kunjungi...

PUTRAJAYA - Pesta Buku Antarabangsa Putrajaya (PIBF) yang bermula hari ini sehingga 22...

Kit Siang Tak Setaraf Dengan Najib Untuk Berbahas

KUALA LUMPUR – Kedudukan Lim Kit Siang tidak setaraf dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadakan perbahasan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

“Mungkin Kit Siang terlupa bahawa beliau hanya Pengerusi DAP. Malah, beliau juga bukan ketua Pakatan Harapan dan ini tidak meletakkannya setaraf dengan Perdana Menteri, yang merupakan pengerusi Barisan Nasional.

“Sekiranya Kit Siang adalah ketua Pakatan Harapan atau Perdana Menteri Bayangan, maka beliau mungkin mempunyai sebab untuk menuntut mengadakan perbahasan dengan Najib,” kata Salleh dalam blognya http:/sskeruak.blogspot.com/.

Salleh juga menegaskan bahawa Kit Siang perlulah terlebih dahulu mengambil alih jawatan sebagai ketua Pakatan Harapan daripada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan mengumumkan secara rasmi bahawa beliau adalah Perdana Menteri Bayangan sebelum mencabar Najib untuk berbahas.

Ahad lepas, Kit Siang, melalui blognya, meminta Najib berbahas dengan beliau dan mempertikaikan keengganan Perdana Menteri untuk menyahut cabarannya berbahas secara terbuka. – BERNAMA

Kategori