Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Tempoh Reman 3 Kakitangan...

KUANTAN – Perintah tahanan reman terhadap tiga kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG)...

Pasangan Artis Dicekup Berkhalwat?

KUALA LUMPUR: Artis berstatus suami orang dan pasangannya seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat...

Doakan Syazana Amirah Kembali...

KUALA LUMPUR - Remaja perempuan berusia 14 tahun yang mengalami retak di bahagian tengkorak, dipercayai akibat dipukul dalam satu kejadian samun di rumahnya...

Misteri Maree Man Masih...

SEBUAH lukisan gergasi terbesar dunia yang dikenali Maree Man dijumpai 20 tahun lalu...

KKM Dapati Terapi Ozon Tiada Kelebihan Terapeutik

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan masyarakat agar berhati-hati dengan rawatan pencucian darah yang kini semakin popular dan dikenali sebagai terapi ozon.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi kenyataan dalam laman web rasmi beliau hari ini malah menjelaskan bahawa tiada bukti terapi tersebut konon mempunyai kelebihan dari segi terapeutik.

Cawangan Penilaian Teknologi Kesihatan (MaHTAS) di KKM sendiri ujar beliau, sebenarnya pernah menjalankan serta menerbitkan dua penilaian teknologi kesihatan (HTA) berkaitan terapi ozon pada tahun 2005 dan 2011 lalu.

“Objektif HTA ini lazimnya adalah untuk menilai tahap keselamatan dan keberkesanan terapi berkenaan terhadap proses rawatan perubatan dengan menggunakan pelbagai bukti dalam terbitan ilmiah,” terang Noor Hisham lagi.

Justeru carian telah dijalankan menggunakan pangkalan data elektronik, termasuk PubMed, Ovid Medline (R), EBM Reviews-Cochrane Central Register of Controlled Trials, EBM Reviews Cochrane database of systematic reviews.

Juga semakan dilakukan menerusi EBM Reviews – HTA Databases, Horizon Scanning database, laman web rasmi Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat (AS), dan enjin carian Google untuk laporan diterbitkan.

KKM Dapati Terapi Ozon Tiada Kelebihan Terapeutik

“Hasilnya kedua-dua Laporan HTA bagi Terapi Ozon mendapati bahawa ia tidak mempunyai kelebihan terapeutik sebagai terapi pilihan bagi pelbagai penyakit berbanding kaedah terapi yang konvensional,” tegas Noor Hisham.

Selain itu jelas beliau, maklumat keselamatan bagi terapi ozon juga tidak cukup bahkan didapati ada bukti tahap rendah yang terhad untuk keberkesanan dalam rawatan terhadap penyakit tertentu sahaja misalnya sakit belakang.


Kesimpulan daripada kajian-kajian yang telah dijalankan pihak KKM adalah tidak cukup kukuh untuk memberi kesimpulan bahawa terapi ozon adalah berkesan dalam merawat penyakit lain seperti jangkitan HIV dan kanser.

“Walaupun terapi ozon didakwa sebagai minimal invasif dan komplikasi berkaitan rawatan ini jarang berlaku, terdapat banyak asas pertimbangan lain yang perlu diambil kira sebelum memutuskan bahawa ia adalah selamat.

“Terdapat juga laporan insiden yang menunjukkan terapi ozon ini pernah mengancam nyawa dan keadaan pengguna telah mengalami kehilangan upaya kekal yang berkaitan dengan penggunaan terapi ozon ini,” kata Noor Hisham.

Maklumat lengkap perkara itu boleh dirujuk dengan muat turun laporan menerusi
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/347/161
http://www.moh.gov.my/index.php/database_stores/attach_download/348/161.

– Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori