Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pengarah Syarikat Direman Seleweng...

PUTRAJAYA - Seorang pengarah syarikat penerbitan buku direman tujuh hari bermula hari ini...

Riezman Khuzaimi Ceraikan Isteri...

TIADA siapa menyangka ikatan rumahtangga yang dibina oleh pelakon Riezman Khuzaimi dan isterinya, Kartina...

Kena Cekup Ketika Judi...

Kota Tinggi : Seramai 43 lelaki termasuk 16 warga asing ditahan selepas disyaki...

Tok Mat Bimbang Perpecahan...

SHAH ALAM - Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan bimbang terhadap perpecahan...

Konsul Jeneral China Di Sabah Hargai Usaha Pihak Berkuasa

KOTA KINABALU – Konsul Jeneral China di Sabah, Chen Peiji meluahkan penghargaan atas usaha pihak berkuasa Malaysia dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa bot pelancong yang karam pada Sabtu.

Katanya China amat gembira kerana pihak berkuasa Malaysia memperhebatkan usaha mengesan enam lagi mangsa selepas 25 orang termasuk tiga yang ditemukan maut selamat dibawa balik ke sini.

Beliau berkata insiden itu mendapat perhatian seluruh China termasuk pemimpin negara berkenaan.

“Presiden saya Xi Jinping turut memberi arahan kepada saya. Pemimpin tertinggi itu benar-benar risau dan mahu kami bekerjasama dengan kerajaan Sabah dan Malaysia untuk selamatkan semua mangsa, jangan ada seorang pun yang tidak ditemukan,” katanya kepada pemberita di Jeti Polis Marin Kota Kinabalu, di sini malam tadi.

Chen dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Pang Yuk Ming serta Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Seri Ahmad Puzi Ab Kahar berada di jeti itu bagi menyambut ketibaan 23 mangsa termasuk tiga yang terkorban.

Kesemua mereka yang tiba menaiki kapal nelayan diselamatkan semalam. Petang semalam, dua mangsa dibawa balik lebih awal selepas diselamatkan oleh seorang juragan bot pelancong yang menyertai SAR.

Menurut Chen beliau dimaklumkan oleh pihak berkuasa Malaysia bahawa lebih banyak aset akan dikerahkan ke kawasan SAR yang turut diperluas.


Mengenai mangsa yang diselamatkan semalam, Chen berkata beliau akan maklumkan kepada semua keluarga mangsa selepas segala proses yang perlu selesai.

Katanya beliau juga bersedia mempermudah dan membantu jika ada keluarga mangsa yang mahu datang ke negeri ini.

Dalam tragedi 10 pagi Sabtu itu, bot pelancong jenis katamaran yang membawa 28 pelancong warga China dan tiga anak kapal tersebut karam dipercayai akibat angin kencang dan ombak besar semasa dalam perjalanan ke Pulau Mengalum, 56 kilometer di barat laut Kota Kinabalu. – BERNAMA

Kategori