Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Bomba P.Pinang Ambil Masa...

Georgetown - Sepasukan lapan anggota bomba dipanggil bagi memberikan perkhidmatan bantuan khas memindahkan...

Singapura Umum Rombakan Kabinet,...

SINGAPURA - Perdana Menteri Singapaura, Lee Hsien Loong hari ini mengumumkan beberapa rombakan...

Polis Bantuan Gantung Anjing...

TINDAKAN seorang polis bantuan yang memuat naik gambar seekor anjing putih yang dijerut...

3 Rakan Maut Motosikal...

ALOR SETAR - Tiga rakan sekampung maut apabila motosikal mereka bergesel antara satu...

Kos Pokok ‘Ceiba Codatti’ Tak Libat Kerajaan Negeri – JKR

KUALA TERENGGANU – Jabatan Kerja Raya (JKR) Terengganu menafikan pembelian pokok ‘Ceiba Chodatii’ yang menjadi mercu tanda Bandar Baharu Kuala Nerus melibatkan sebarang kos kewangan kerajaan negeri.

Pengarah JKR Terengganu, Ir Ab Hamid Md Daud sebaliknya berkata pembelian pokok yang diimport dari Brazil itu ditanggung kontraktor utama projek itu dan ia juga tidak termasuk dalam skop projek.

“Sehubungan itu, orang ramai diminta tidak lagi membuat sebarang spekulasi liar berhubung isu pokok berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Isu pokok ‘benang sutera’ berkenaan tular di media sosial selepas orang ramai mendakwa penanaman tiga batang pokok berkenaan sebagai mercu tanda bandar Kuala Nerus merupakan satu pembaziran kerana difahamkan pokok berkenaan berharga RM180,000 sebatang.

Sementara itu Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu dalam kenyataan berasingan menggesa kerajaan negeri supaya mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berhubung isu pokok berkenaan.

Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata tuduhan tidak berasas itu dibuat oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa kononnya Menteri Besar terlibat dalam isu tersebut.


“Tindakan undang-undang perlu diambil kerajaan negeri supaya dapat memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak sewenang-wenangnya membuat fitnah menerusi media sosial.

“Pemuda UMNO Terengganu memandang serius gejala fitnah yang semakin membarah dalam media sosial. Saya mengharapkan agar kerajaan negeri akan dapat segera memulakan proses undang-undang bagi membawa si pelaku ke muka pengadilan,” katanya. – BERNAMA

Kategori