Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Pasar Makanan Laut Wuhan...

BEIJING - Pasar makanan laut di Wuhan, wilayah Hubei mungkin bukan satu-satunya sumber...

Pemuda Maut Kereta Dipandu...

KUANTAN - Seorang pemuda maut selepas kereta Proton Waja yang dipandunya terbabas melanggar...

Sivasangari Wakil Tunggal Negara...

KUALA LUMPUR - Pilihan utama, S. Sivasangari menjadi wakil tunggal negara yang mara...

Majikan Wajib Mohon Pekerja...

PUTRAJAYA - Semua majikan diwajibkan membuat permohonan mendapatkan pekerja asing secara dalam talian...

Krisis The Red Worriors Drama Terbaik 2016/2017

KONTROVERSI sama ada Kelantan kekal beraksi dalam Liga M 2017 atau terpaksa menarik diri menjadikan skuad The Red Warriors (TRW) sebagai fokus sukan paling tular dalam tempoh tiga minggu.

Sejak pertengahan Disember lalu hingga semalam, isu kewangan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjadi perhatian nasional. Akhirnya, hari ini TRW disahkan kekal dalam Liga M.

Kesediaan Al Hamra Group dan Red One meneruskan tajaan, menjadi seumpama ‘balang oksigen’ dalam survival TRW.

Pengumuman dibuat oleh Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md. Nor.

Paling dramatik, kedua-dua penaja tersebut diwakili Tan Sri Annuar Musa, mantan Presiden KAFA sendiri.

Annuar menjadi Superman apabila berjaya membawa tajaan permulaan RM3 juta.

Pengesahan penyertaan TRW dalam Liga M penamat kebuntuan. Ia melegakan peminat bolasepak kerana 24 jam sebelum itu, Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail memaklumkan berita kegagalan mendapat bantuan Kerajaan Negeri sendiri.

Pada saat akhir, pihak Kerajaan Negeri hanya mampu membantu dengan menghapuskan duti hiburan bernilai RM500,000.


Manakala permohonan KAFA untuk mendapatkan geran RM7 juta dan bantuan one-off RM3 juta ditolak.

Dalam era bola sepak moden di negara ini, krisis kewangan TRW mencatatkan sejarah sebagai pasukan bola sepak negeri yang hampir muflis dan tidak mampu menyertai Liga M.

Cuma cabarannya, dalam keadaan terdesak, tajaan RM3 juta masih belum meletakkan TRW dalam keadaan selamat. Kos keseluruhan menyertai Liga M tahun ini sekitar RM15 juta.

Sudah pasti, drama krisis kewangan KAFA akan berterusan. Isu kewangan akan terus menghantui prestasi TRW musim ini. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • TRW

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori