Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Dari Mana Datangnya Angka...

ALOR SETAR - "Saya pun tidak tahu dari mana datangnya angka 129 itu,"...

Kemenangan PH Bukti Rakyat...

ALOR SETAR - Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kemenangan besar Pakatan...

2,286 Kes Keganasan Rumah...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 2,286 kes keganasan rumah tangga direkodkan dari 2013 sehingga...

Malaysia Perlu Sedia Hadapi...

KUALA LUMPUR - Malaysia memantau secara rapi perkembangan geopolitik yang berlaku di seluruh...

Kukuh Penguasaan Dalam Akademi, Aplikasi Digital

KUALA NERANG – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid menggesa agar mahasiswa terus mengukuhkan penguasaan bukan saja dalam akademi tetapi juga aplikasi digital dan komunikasi.

Mahdzir berkata, elemen itu penting dalam memastikan graduan tempatan bersedia menghadapi cabaran sebenar selepas mereka tamat pengajian nanti.

“Sudah lama perkara ini ditekankan namun graduan kita masih ramai yang lemah dalam komunikasi dua hala terutama ketika berinteraksi dengan masyarakat luar bandar.

Untuk itu, program seperti bakti siswa yang mana pelajar masuk ke kampung dan berjumpa dengan masyarakat adalah inisiatif terbaik dalam meningkatkan keyakinan mereka berhadapan dengan orang ramai,” katanya di majlis Pemimpin Bersama Masyarakat dan Program Anak Angkat Universiti Sains Malaysia (USM), di Kampung KEDA, Pasir Putih, Tualak di sini hari ini.

Di program tersebut, seramai 63 pelajar jurusan Sains Farmasi akan bersama 20 keluarga angkat terpilih dari tiga kampung iaitu Kampung KEDA, Kampung Baru dan Kampung Tengah.

Sementara itu, Pengarah Projek, Adzrina Mohd Nadzri berkata, program selama tiga hari yang bermula hari ini, akan memberi peluang kepada mahasiswa dari tahun satu hingga empat fakulti itu merasai kehidupan di kawasan kampung.


“Di sini, kami berharap mereka dapat mempelajari terutama mengenai kehidupan di mana perkara tersebut tidak terdapat di dalam buku atau bilik kuliah di universiti.

Aktiviti yang dirangka selama tiga hari ini secara tidak langsung dapat membuka minda dan meluaskan perseptif pelajar mengenai masyarakat luar bandar kerana ada di antara mereka yang tidak pernah masuk ke kawasan sebegini,” katanya.

Antara aktiviti yang akan dijalankan ialah memberi sumbangan kepada keluarga susah, pameran kesihatan, ceramah dan pemeriksaan kesihatan serta sukaneka yang mana pertandingan motocross turut diadakan. – BERNAMA

Kategori