Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

PKP: Permohonan Buka Lebih...

KUALA LUMPUR - Permohonan untuk lebih banyak sektor ekonomi dibuka sepanjang tempoh pelaksanaan...

78 Keluarga Rumah Panjang...

SIBU - Seramai 78 keluarga yang menghuni sebuah rumah panjang di Nanga Nirok,...

Merlin Magic Making I-Park...

KULAI - Merlin Magic Making (MMM) Studios I-Park, Indahpura menjadi hab Asia bagi...

Bekas Timbalan Setiausaha Bahagian...

PUTRAJAYA - Seorang bekas timbalan setiausaha bahagian sebuah kementerian yang ditahan bagi membantu...

Lagu Adik Achik Spin Ditonton Lebih 10 Juta Kali Di YouTube

JIKA disebut nama penyanyi Tajul, mungkin ramai yang tidak begitu mengenai figura ini.

Namun, tahukah anda pelantun berusia 18 tahun mencipta rekodnya tersendiri apabila muzik videonya telah ditonton lebih 10 juta kali di YouTube, dalam masa tiga bulan sahaja. Luar biasa bukan?

Keistimewaan lelaki ini bukan sahaja terletak pada lagu hits pertamanya Sedalam-Dalam Rindu tetapi juga suara lunaknya yang saling tak tumpah kedengaran seperti suara arwah Achik Spin.

Maka, kemunculan Tajul sedikit sebanyak mengubat rindu para peminat terhadap allahyarham Achik Spin yang telah pun kembali ke Rahmatullah tujuh tahun lalu.

Persamaan suara mereka rupa-rupa membawa makna kerana Tajul sebenarnya adalah adik kandung kepada arwah Achik Spin.

Lagu Adik Achik Spin Ditonton Lebih 10 Juta Kali Di YouTube
Arwah Achik Spin

Pada masa yang sama, Tajul menafikan yang dia sengaja meniru suara arwah abangnya atau menumpang populariti insan bernama Achik Spin.

“Sebenarnya, itu anugerah dari Tuhan. Masing-masing ada kelebihan dan kelemahan. Adik-beradik tak boleh lari dari suara sama.


“Mulut orang kita tak boleh nak cakap apa, tak boleh tutup.

“Sebenarnya Tajul cuba bawa identiti sendiri tapi nak buat macam mana, orang dah kenal Tajul ini adik arwah. Jadi memang tak boleh nak buat apa. Sedikit sebanyak, memang adalah ambil populariti,” katanya.

Sebelum menjadi penyanyi solo, Tajul difahamkan pernah menyanyi bersama kumpulan nasyid, Akhdan selama lima tahun. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: MediaCorp

Kategori