Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Penghantar Piza Maut Sebelum...

TELUK INTAN - Seorang penghantar piza maut akibat nahas sebelum sempat menghantar pesanan...

Ahli UMNO Usah Amal...

TAWAU - Ketua Bahagian UMNO Kalabakan, Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh mengingatkan anggota...

Al-Fatihah, Tan Sri Jins...

SENIMAN legenda, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin, 81, meninggal dunia di sebuah klinik...

Pemuda UMNO Perlis Cadang...

KANGAR - Pergerakan Pemuda UMNO Perlis hari ini mencadangkan Majlis Kerja Tertinggi mempertimbangkan...

Lelaki 50 Tahun Bunuh 10 Ahli Keluarga

NEW DELHI – Seorang lelaki berusia 50 tahun didakwa membunuh 10 anggota keluarganya termasuk sembilan budak perempuan sebelum menggantung diri sehingga mati di daerah Amethi di Uttar Pradesh.

Mayat mereka ditemui di rumah kediaman keluarga itu dengan kesan kelar pada leher.

Suspek, dikenali sebagai Jamaludeen, dikatakan memberi dadah kepada keluarganya selepas makan malam kelmarin, berkata ia adalah ubat yang baik untuk kesihatan ketika musim sejuk.

Selepas dadah itu memberi kesan, dia membunuh semua yang tidur di beranda, termasuk anak perempuan dan anak saudara perempuannya berusia antara lima dan 17 tahun, kata polis.

Isteri keduanya, Zahida, 40 dan seorang lagi anak perempuan mereka, Afsaar, 20, tidur dalam bilik berkunci.

Mereka tidak cedera tetapi masih keliru kerana masih dipengaruhi dadah yang diberikan suspek.

Dua adik Jamaludeen yang masih menganggur, Samsudeen dan Raees, tiada di rumah ketika kejadian.

Mereka terselamat, begitu juga dengan isteri Raees yang berada di rumah ibu bapanya.

Mangsa yang dibunuh termasuk lima anak perempuan Jamaludeen, isteri Samsudeen, Hussaina Bano, 35, dua anak perempuan pasangan itu dan dua anak perempuan Raees.


Isteri dan seorang lagi anak perempuan suspek berkata, Jamaludeen membunuh diri selepas melakukan jenayah itu.

Mereka memberitahu polis, suspek cuba memecahkan pintu bilik tetapi gagal. Jamaludeen menjadi pencari nafkah tunggal untuk anggota keluarga itu.

Dia mengendalikan kedai bateri dan pengisian semula gas di kampungnya di kawasan Sukul Bazaar, hampir 70 kilometer ke tenggara Lucknow.

Suspek mempunyai hubungan tegang dengan dua adiknya manakala seorang lagi adik mereka, Bablu, tinggal berasingan.

Polis meneliti setiap sudut untuk mencari motif pembunuhan, dan melihat jika ada orang lain melakukan jenayah itu dan cuba menyalahkan Jamaludeen dengan menjadikan kematiannya seolah-olah membunuh diri selepas melakukan pembunuhan.

Penemuan dua pisau pemotong daging berlumuran darah mencetuskan kecurigaan.

“Mengapa Jamaludeen menggunakan dua pisau jika dia seorang diri membunuh semua mangsanya sebelum membunuh diri?” kata Inspektor Jeneral Polis, A Satish Ganesh. – AGENSI/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori