WASHINGTON – Seorang lelaki dikejarkan ke hospital selepas dipercayai membakar diri di hadapan Hotel Antarabangsa Trump, di sini semalam.
Jurucakap Bomba Washington berkata, lelaki itu yang menyertai protes di hadapan hotel terbabit dirawat kerana kecederaan serius, tetapi keadaannya dilaporkan stabil.
Motif kejadian tidak dapat dipastikan setakat ini, sama ada mangsa sengaja membakar dirinya sendiri atau sebaliknya.
Selasa lalu, ratusan penunjuk perasaan berhimpun di hadapan hotel mewah itu yang terletak di Bangunan Pejabat Pos Pavilion di Pennsylvania Avenue, iaitu di antara US Capitol dan Rumah Putih. – AGENSI/BH ONLINE