Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Sukan Asia: Kontinjen Malaysia...

KUALA LUMPUR - Kontinjen Malaysia meletakkan sasaran memburu lapan pingat emas secara keseluruhan...

Mangsa Banjir Di Sarawak...

KUCHING - Jumlah mangsa banjir di pusat-pusat pemindahan (PP) di bahagian Kuching, Serian...

Kelayakan Euro 2016: Adik...

Adik kepada Perdana Menteri Albania, Olsi Rama ditahan di sini atas dakwaan memulakan...

Sistem Harimau Muda Sudah...

PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin menyifatkan sudah tiba masanya Persatuan...

Lelaki Dipenjara 78 Tahun Kerana Rogol Anak Tiri

KUCHING – Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan kerana merogol anak tirinya yang kini berusia 17 tahun, hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah satu lagi tuduhan merogol mangsa yang sama.

Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 54, setelah penjawat awam itu mengaku bersalah atas tuduhan ketiga, iaitu merogol anak tirinya itu pada 10 pagi, 3 Januari 2017, di sebuah rumah di Batu Lintang di sini.

Bagaimanapun, tertuduh mengubah pengakuannya kepada tidak bersalah terhadap dua lagi tuduhan melakukan kesalahan sama pada 1 dan 2 Januari tahun ini di tempat yang sama.

Sebelum itu, hakim, timbalan pendakwa raya dan jurubahasa mahkamah terpaksa berulang kali bertanya dan menjelaskan kepada tertuduh mengenai tiga tuduhan yang dikenakan terhadapnya selepas tertuduh yang sebelum ini mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.

Dia memberitahu mahkamah tarikh pertuduhan pertama dan kedua iaitu 1 dan 2 Jan lepas tidak benar kerana pada masa itu dia berada di rumah bersama isteri dan anak-anaknya.

Ketika prosiding kes berkenaan sebelum ini, tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan dan hari ini ditetapkan untuk hukuman.


Dayang Ellyn Narisa kemudian menetapkan 16 Februari untuk pengurusan kes bagi dua pertuduhan berkenaan.

Dengan penambahan hukuman itu, bermakna keseluruhan tempoh hukuman penjara ke atas tertuduh adalah 78 tahun dan 35 sebatan kerana sebelum ini Mahkamah Sesyen lain menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan setelah dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan merogol anak tirinya itu antara Januari dan Disember 2015 serta 4 dan 5 Januari tahun ini, di lokasi sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Haresh Prakash manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Kategori