Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Netflix, Video Paling Banyak...

SATU dapatan kajian terkini tentang penggunaan internet mendapati penggunaan data untuk perkongsian fail...

COVID-19 Mungkin Merebak Ke...

GENEVA - Pasukan pakar antarabangsa yang ke Wuhan Januari lalu memutuskan besar kemungkinan...

Filipina Masih Berminat Anjur...

KUALA LUMPUR - Filipina masih berminat menjadi tuan rumah Sukan SEA ke-30 pada 2019 walaupun...

Haid, Menopaus Awal Mudah...

PARIS - Wanita yang didatangi haid pada usia 11 tahun atau lebih muda,...

Lelaki Ditahan Sebar Foto Kemaluan Di Facebook

JIJIK… Padah berkongsi gambar kemaluan di Facebook, seorang lelaki berusia 20-an ditahan pihak polis di Sungai Pusu, Gombak, Selangor petang semalam.

Suspek tersebut didakwa kerana dikatakan menganggu seorang budak perempuan dengan menghantar gambar kemaluannya menerusi laman sosial popular Facebook.

Harian Metro melaporkan, kejadian tersebut disedari bapa kepada seorang kanak-kanak kira-kira jam 10 pagi semalam apabila mendapati terdapat gambar dan mesej lucahnya di dalam akaun Facebook anaknya.

Pemeriksaan dengan lebih lanjut mendapati ada lagi beberapa keping gambar batang zakar lelaki terbabit yang diambil kreatif secara swafoto.

Bimbang dengan kejadian berkenaan, bapa mangsa kemudian segera membuat laporan di Balai Polis Gombak kira-kira tengah hari itu.

Susulan laporan tersebut, lelaki tersebut akhirnya berjaya ditahan kira-kira jam 6 petang dan siasatan masih lagi dijalankan.

Difahamkan, gambar dan mesej berbaur lucah itu dihantar kepada kanak-kanak yang masih bersekolah rendah tersebut dengan menggunakan Facebook.


Kejadian ini agak membimbangkan kerana individu yang tidak bertanggungjawab ini telah menyalahgunakan teknologi untuk kepuasan nafsu mereka.

Netizen menganggap kejadian ini boleh dijadikan pengajaran kepada ibu bapa yang kini dengan mudahnya memberikan telefon pintar kepada anak terutamanya yang masih bersekolah.

Pengawasan ibu bapa penting bagi memastikan anak-anak tidak ‘terpedaya’ dengan kerakusan individu tidak bertanggungjawab yang menyalahgunakan kecanggihan teknologi dan media sosial kini. – MYNEWSHUB.CC

Kategori