Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Misbun Belum Bersedia Melawat...

KUALA LUMPUR - Lebih seminggu selepas kepulangan Datuk Lee Chong Wei ke tanah...

Sudah Sampai Masa UMNO...

KUALA LUMPUR - UMNO berhasrat untuk mendekati pelajar selepas ini setelah berjaya mendapatkan...

Janna Nick Pentingkan Kualiti...

JANNA Nick yang memenangi trofi Aktres Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur...

Muzik Video Lagu Hello,...

WALAUPUN hampir empat tahun menyepikan diri dari bidang seni suara dan perhatian peminat,...

Lelaki Hilang Di Broga Ditemui Selepas Laung Azan

SEORANG lelaki berusia 20 tahun yang dilaporkan hilang selama tujuh hari selepas mendaki Bukit Broga, Semenyih, Selangor telah pun ditemui selamat, pagi Sabtu.

Baca: Kasih Seorang Ibu… Sanggup Daki Bukit Cari Anak Hilang

Mohd. Azarul Mukriz Abd. Rahman ditemui kira-kira pukul 11.42 pagi selepas beberapa kali azan dilaungkan oleh pasukan sukarelawan misi mencari dan menyelamat.

Lelaki Hilang Di Broga Ditemui Selepas Laung Azan

Ketika ditemui, Mohd. Azarul tidak mengalami sebarang kecederaan serius namun kelihatan letih.

Terdahulu, kehilangan Mohd. Azarul mendapat perhatian ramai selepas sebuah video memaparkan ibunya, Rohana Saad, 49, sanggup mendaki Bukit Broga kerana mahu menyertai misi mencari dan menyelamat menjadi tular.

Lelaki Hilang Di Broga Ditemui Selepas Laung Azan


Video yang menggambarkan tentang kasih sayang seorang ibu itu ternyata menimbulkan rasa sayu dan simpati dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Rohana mengakui dia amat berharap anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

Tambahan pula, katanya, naluri keibuannya kuat menyatakan anaknya masih ada di atas sana. – MYNEWSHUB.CC

Kategori