Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

HTC One M9+ Bakal...

DESAS-DESUS mengenai HTC One M9 tidak memasuki pasaran Malaysia sememangnya benar.Perkara ini telah...

Krisis MB: ‘Cukup La…’...

PETALING JAYA - PAS Selangor menegur kepimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP...

Industri Filem Porno Semakin...

BINTANG filem lucah, Olivia Nova telah meninggal dunia secara mengejut. Mayatnya ditemui di...

Kerajaan PH Wajib Bantu...

KOTA BHARU - Kerajaan Pakatan Harapan (PH) wajib membantu membangunkan negeri ini selari...

Lelaki Kantoi Ambil Video Perempuan Pakai Skirt

SEORANG gadis menerusi laman Facebooknya membuat pendedahan bahawa terdapat seorang lelaki ‘gila’ yang gemar mengambil video perempuan memakai skirt.

Baru-baru ini, gadis tersebut, Giney Chan turut menjadi mangsa lelaki tersebut namun dia berjaya ‘menghalang’ lelaki itu daripada menyebarkan video tersebut.

Ini kerana dalam kejadian dipercayai berlaku di sebuah pusat membeli-belah terkenal itu, Giney yang mengesyaki tingkah laku mencurigakan lelaki tersebut, kemudian mendekatinya sebelum menegurnya.

Meminta ingin melihat telefon pintarnya, suspek pada mulanya enggan memberinya, namun selepas Giney merampas telefon terbabit, suspek yang panik kemudiannya melarikan diri dari tempat kejadian.

“Bila saya tengok galeri dalam telefon bimbitnya, ada sebanyak enam buah video (wanita memakai skirt) termasuk saya. Dia memang membuat koleksi.

“Suspek melakukan perbuatan terkutuk di berlainan tempat, ada di farmasi, kedai aksesori dan sebagainya.

“Dia akan mula merakam sekiranya wanita itu meninggikan diri mereka bagi mencapai barang di rak atas. Pada ketika itulah dia buat ‘kerja’,” tulis Giney dipetik portal Says.


1

2

Suspek juga dikatakan seorang yang berani apabila secara terang-terangan mengambil video mangsanya walaupun pada ketika itu mangsa ada ditemani oleh pasangan masing-masing.

Susulan penemuan video itu, Giney kemudiannya membuat permintaan kepada pihak pengurusan kedai itu untuk melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan suspek.

Namun malangnya, video itu tidak dapat menangkap jelas wajah suspek. – MYNEWSHUB.CC

Kategori