Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pulau Pinang Diisytihar Kawasan...

GEORGE TOWN - Pulau Pinang telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila...

MIC Sasar Menang Tujuh...

KUALA LUMPUR - Kerusi Parlimen Cameron HIghlands ialah milik MIC dan parti itu...

Lucu! Paranoid Ular Dalam...

BAYANGKAN jika anda tiba-tiba terlihat kerlibat ular menyelinap dalam bilik air, siapa sahaja...

Graduan TVET Perlu Capai...

ARAU - Kualiti graduan sistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) harus...

Lelaki Maut Kereta Dipandu Berlanggar Lori Muatan Tong Ikan

TAWAU – Seorang lelaki maut selepas kereta pacuan empat roda dipandunya berlanggar dengan lori muatan tong ikan di Batu 23 Jalan Apas dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian 3.50 petang itu, mangsa, Taufik Chelly, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas tersepit di tempat duduk pemandu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus berkata kejadian itu berpunca daripada kecuaian pemandu lori yang gagal mengawal kenderaan sehingga masuk ke laluan bertentangan dan menyebabkan kemalangan.

“Semasa di lorong kanan, pemandu lori yang dalam perjalanan dari bandar Tawau menuju ke Semporna ketika hujan telah terbabas ke pembahagi jalan dan sebahagian lori telah masuk ke laluan bertentangan.


“Namun belum sempat pemandu itu mengawal lorinya, sebuah kenderaan jenis Toyota Rav4 yang dipandu mangsa datang dari arah bertentangan terlanggar bahagian kanan belakang lori, lalu kedua-dua kenderaan terbabas dan terbalik,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, pemandu lori hanya mengalami luka-luka kecil dan kes itu akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – BERNAMA

Kategori