Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Pindaan Akta AKM 1998...

KUALA LUMPUR - Pindaan Rang Undang-Undang Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 dan...

Cat Farish Bercerai, Akui...

RAPPER Cat Farish mendedahkan dirinya sudah kembali solo selepas bercerai April lalu. Cat juga...

Satu Lokasi Baharu H5N1...

KUALA LUMPUR - Satu lokasi baharu di Tumpat, Kelantan dikenal pasti positif virus...

Pertandingan Hias Kenderaan PQPTRW...

KUALA LUMPUR - Pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr. Hasmizah Othman...

Lelaki Menangis Tertekan Didesak Berkahwin

DONGGUAN – (China) – Dua anggota polis di bandar ini terpaksa menjadi kaunselor bagi menasihati seorang lelaki yang terlalu tertekan selepas ibu bapanya memaksa dia mencari calon isteri pada sambutan Tahun Baharu Cina ini.

Rakaman video yang menunjukkan anggota polis memberi nasihat dan dorongan kepada lelaki yang dikenali sebagai Li itu turut disiarkan pihak media di China.

Lelaki itu ditemui anggota polis berkenaan dalam keadaan mabuk dan menangis di stesen kereta api di bandar itu.

Li, 27, memberitahu polis, dia tertekan selepas ibu bapanya mahu dia berkahwin dengan segera.

Dia bertambah tertekan selepas ibunya sudah mengaturkan pertemuan dengan beberapa wanita sebagai calon isteri apabila dia pulang ke kampung sempena Tahun Baharu Cina ini.

“Saya menghampakan kedua-dua ibu bapa saya. Pada usia 27 tahun, saya masih belum berkahwin.

“Saya pernah mempunyai teman wanita sebelum ini tetapi dia sudah meninggalkan saya,” katanya.


Katanya, dia kecewa selepas ibu bapanya sendiri yang membantunya mencari jodoh.

“Saya mahu mencari bakal isteri saya sendiri dan tidak mahu perkahwinan dirancang keluarga,” jelasnya.

Selepas diberi kata-kata perangsang oleh anggota polis dan secawan kopi panas, akhirnya emosi Li tenang dan dia menaiki kereta api untuk pulang ke rumahnya.

Sudah menjadi kebiasaan ibu bapa di China memberi tekanan kepada anak mereka untuk berkahwin terutama sekali ketika cuti panjang apabila mereka pulang ke kampung.

Namun, statistik di China menunjukkan ramai pasangan yang berkahwin muda di negara itu berakhir dengan perceraian. – Agensi/myMetro Online

Kategori