Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Zakir Naik Didakwa Terlibat...

NEW DEHLI - Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik didakwa terlibat dalam aktiviti pengubahan...

Nik Nazmi Tegur Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui...

Bekas Setiausaha Politik Bakal...

KUALA LUMPUR - Bekas setiausaha politik bekas menteri akan didakwa di mahkamah kerana...

Wanita Perancis Usia 91,...

BESANCON (Perancis) - Seorang warga emas berusia 91 tahun menjadi antara wanita tertua...

Lelaki Serang, Tikam Polis Ditahan

BUKIT MERTAJAM – Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes seorang pegawai dan dua anggota polis cedera diserang semasa Ops Hujung Minggu di sebuah premis permainan simulasi di Jalan Pasar, di sini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Ros Azhan Nik Abdul Hamid berkata lelaki berusia 30 tahun yang juga penagih dadah dan mempunyai tiga rekod jenayah itu ditahan di sebuah rumah di Kampung Petani, Kubang Semang pada pukul 4.15 petang tadi.

“Lelaki itu cuba melarikan diri melalui bumbung rumah tetapi terjatuh ke dalam bilik. Dia kemudian mengambil parang dan menyerang polis menyebabkan berlaku pergelutan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 malam Sabtu lepas, Insp M.Ganesh, 56, dan Konst G.Vivegananthan, 26, masing-masing luka di tangan kanan manakala Konst Mohamad Khusairi Ahamad, 22, cedera di paha kanan akibat ditikam.

Susulan itu, polis menahan seorang wanita berusia 32 tahun yang juga isteri lelaki terbabit. Ketika kejadian wanita yang juga penagih dadah itu turut berada di pusat simulasi berkenaan.

Nik Ros Azhan berkata hasil pemeriksaan di rumah lelaki itu, polis menemui lima senjata api dipercayai tiruan serta lima parang panjang yang disyaki digunakan dalam kegiatan samun serta rompak di negeri ini.


Polis turut merampas dua motosikal yang dipercayai dicuri di rumah yang didiami lelaki terbabit bersama keluarganya, katanya.

Pasangan itu mempunyai tujuh anak berusia antara dua bulan dan 12 tahun tetapi ketika serbuan, kesemua anak mereka berada di rumah ibu mertua lelaki terbabit.

Beliau berkata siasatan juga mendapati lelaki itu terlibat dalam sekurang-kurangnya 10 kes samun, curi kenderaan dan rompak sejak tahun lepas. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • tikam

Kategori