Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Rakyat Malaysia Buat Rayuan...

SINGAPURA - Pannir Selvam a/l Pranthaman seorang rakyat Malaysia, yang menghadapi hukuman mati...

Berita Palsu Peluk Islam,...

PELAKON dan pelawak Acapan telah membuat satu laporan polis tengah hari semalam kerana...

Nafi Hina Messi, Mbappe...

DITUDUH memperkecilkan keupayaan Lionel Messi, Kylian Mbappe bagaimanapun tampil mempertahankan dirinya. Menurut bintang muda...

Balai Cerap Langkawi Dapat...

KUALA LUMPUR - Observatori Negara Langkawi (ONL) di bawah Agensi Angkasa Negara (Angkasa)...

Lisa Surihani Pegang Gelaran Ratu Media Sosial Melayu

LAMAN portal berita Mediacorp Singapura telah membuat satu survey bagi mencari siapakah selebriti wanita Malaysia yang layak bergelar Ratu Media Sosial Melayu.

Menerusi survey dilakukan, portal itu menyenaraikan 10 nama besar barisan selebriti tempatan antaranya Lisa Surihani, Dato Siti Nurhaliza, Neelofa, Hanis Zalikha, Elfira Loy, Fazura, Nelydia Senrose, Scha Al-Yahya, Nora Danish dan Rozita Che Wan.

Lisa Surihani Pegang Gelaran Ratu Media Sosial Melayu

Gelaran Ratu Media Sosial Melayu dikira berdasarkan kepada jumlah pengikut yang dimiliki mereka menerusi laman sosial seperti Instagram, Facebook dan Twitter.

Selebriti wanita yang berjaya menggondol gelaran tersebut ialah Lisa Surihani iaitu isteri kepada Yusry KRU dengan total keseluruhan pengikut berjumlah 8.9 juta pengikut merangkumi 3.5 juta pengikut di Twitter, 2.7 juta di Facebook dan 2.7 juta di Instagram.

Manakala Neelofa pula mendominasi tempat kedua seramai 7 juta pengikut dari kesemua laman sosial yang dimilikinya.

Meskipun fenomena LoFattah dan penangan drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot tular di media sosial, namun ianya tidak dapat menjadikan Neelofa sebagai Ratu Media Sosial Melayu.

Lisa Surihani Pegang Gelaran Ratu Media Sosial Melayu


Tempat ketiga pula menjadi milik ibu kepada Lara Alana iaitu Scha Al-Yahya dengan 6.6 juta pengikut dan pelakon serta pemilik label jenama pakaian Owl, Nora Danish pula di tempat keempat dengan 6.3 juta pengikut.

Penyanyi nombor satu Malaysia, Dato Siti Nurhaliza pula sekadar menyandang tempat kelima dengan 6.2 juta pengikut namun kedua tertinggi di laman mikro Twitter sebanyak 2.09 juta pengikut di belakang Lisa Surihani.

Manakala tempat seterusnya pula disandang blogger dan juga pengacara Hanis Zalikha dengan 4.8 juta, Elfira Loy sebanyak 4.6 juta, Nelydia Senrose (4.3 juta), Fazura (3.9 juta), dan akhir sekali bekas pramugari dan ibu awet muda Rozita Che Wan (3.7 juta).

Kesemua 10 nama selebriti yang tersenarai itu mempunyai kekuatan dan pengaruhnya tersendiri di laman sosial. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: MediaCorp Singapura

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori