Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Laluan Felda Redong-Selancar Ditutup...

JOHOR BAHRU - Laluan Felda Redong ke Felda Selancar di daerah Segamat, ditutup...

Perintah Larangan Terhadap Media...

TENOM : Pihak pendakwaan membantah permintaan peguam bela mewakili Ebit Lew yang memohon...

Jabatan, Agensi Persekutuan Diminta...

KOTA KINABALU -Ā Semua jabatan dan agensiĀ kerajaan di SabahĀ diminta supaya mengibarkanĀ Jalur Gemilang sempenaĀ sambutanĀ bulan kemerdekaan...

RoS Sedang Teliti Perlembagaan...

PUTRAJAYA - Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) sedang meneliti perlembagaan Parti Bumiputera Perkasa Malaysia...

LRT Laluan Kelana Jaya Lewat Berikutan Gangguan Elektrik

KUALA LUMPUR – Rapid Rail Sdn Bhd melaporkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) bagi laluan Kelana Jaya hari terjejas kira-kira tiga jam pagi tadi berikutan berlaku gangguan bekalan elektrik, antara Stesen Gombak dan Stesen Setiawangsa.

Jurucakapnya Azhar Ghazali berkata akibat gangguan elektrik itu, timbul beberapa masalah teknikal hingga menjejaskan sistem brek kepada tren.

Beliau berkata gangguan bermula pukul 7.04 pagi hingga 10.07 pagi dan pihaknya telah menyediakan tren alternatif dan bas transit kepada pengguna yang terlibat sepanjang tempoh itu.

“Perkhidmatan kini telah pulih sepenuhnya. Kami memohon maaf atas kesulitan yang berlaku dan pengguna boleh mendapatkan bayaran balik tiket mereka dari pejabat perkhidmatan pelanggan kami,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Ini kali kedua gangguan seumpama ini berlaku di laluan sama selepas kes pertama berlaku pada September tahun lepas. – BERNAMA

Kategori