Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Hakim Kes Fitnah NFC...

Meskipun Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam Rozina Ayob telah mengeluarkan keterangan bahawa beliau...

Kerajaan Perlu Tetap Pendirian...

PETALING JAYA - Kerajaan seharusnya berpendirian tetap untuk tidak meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai...

Tiada Jadual Penerbangan Helikopter...

KOTA BHARU - Tiada jadual penerbangan helikopter di Sarawak digantung walaupun berlaku nahas...

Daftar Facebook Dengan SKMM...

KUALA LUMPUR - Cadangan pendaftaran pengguna laman sosial Facebook dengan Suruhanjaya Komunikasi dan...

Mahkamah: Isteri Didakwa Cederakan Suami

SEREMBAN – Seorang wanita Tamil Sri Lanka mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencederakan suaminya, awal bulan ini.

Tertuduh, Nadia Ilona Charles, 30, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa di hadapan Majistret Rahimah Rahim.

Berdasarkan pertuduhan, wanita terbabit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada suaminya berusia 32 tahun di sebuah rumah di Taman Desa Anggerik Nilai, Nilai, dekat sini pada pukul 6.15 petang, 6 Jan lepas.

Timbalan Pendakwa Raya, Soo Kok Weng mengemukakan pendakwaan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun, jika sabit kesalahan.

Suami tertuduh, yang hadir ketika prosiding, bagaimanapun, memberitahu mahkamah bahawa beliau sudah menarik balik laporan polis yang dibuat terhadap isterinya.


Mahkamah kemudian membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menangguhkan kes bagi meneliti semula laporan tarik balik kes tersebut.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM500 dengan seorang penjamin sementara menunggu sebutan semula kes pada 31 Jan ini. – BERNAMA

Kategori