Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Hafiz Enggan Komen Isu...

MOHAMED Hafiz, jejaka yang sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan Fara Fauzana, enggan memberi sebarang komen...

Anggota Parlimen Diingatkan Jangan...

KUALA LUMPUR - Setiap Anggota Parlimen perlu bertanggungjawab atas segala kenyataan yang dikeluarkan...

4 Lagi Anggota PPBM...

TAIPING - Empat lagi anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Larut yang diketuai...

Ryan Gosling Beri Bunga...

AKTOR kacak Ryan Gosling sekali lagi memberikan penghormatan kepada peminatnya, Ryan McHenry yang mati...

Malaysia Benam Wales 2-0 Pada Aksi Persahabatan

KUALA LUMPUR – Skuad hoki wanita kebangsaan mempamerkan aksi bertenaga untuk mencatat kemenangan 2-0 ke atas Wales pada aksi persahabatan di Stadium Hoki Tun Razak di sini, hari ini.

Malaysia yang mempamerkan corak permainan menyerang sejak awal permainan berjaya membuka tirai jaringan seawal minit kelima menerusi pukulan sudut penalti Nuraini Abdul Rashid.

Wales yang tersentak dengan gol awal itu, bangkit memperkemaskan jentera serangan dalam usaha memburu gol.

Namun kekebalan benteng pertahanan negara diketuai penjaga gol terbaik Asia, Farah Ayuni Yahya berjaya mematahkan semua percubaan itu untuk kekal mendahului 1-0 sehingga waktu rehat.

Babak kedua menyaksikan permainan seimbang dipamerkan kedua-dua pasukan, namun pasukan negara berjaya menambah jaringan di saat akhir permainan menerusi gol padang Wan Nurfaiezah Md Saiuti.

Walaupun pemain negara menampilkan aksi memberangsangkan, ketua jurulatih, Muhammad Dharma Raj Abdullah mengakui masih ada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki terutama di bahagian serangan.


“Kita bermain dengan agak baik apabila berjaya mencipta banyak peluang untuk menjaringkan gol tetapi gagal menyempurnakannya,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Perlawanan persahabatan itu merupakan sebahagian daripada persiapan skuad negara menjelang saingan Liga Hoki Wanita Dunia Pusingan Kedua yang bermula Sabtu ini.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan B akan memulakan cabaran mereka menentang Hong Kong pada 14 Jan, diikuti Ireland (16 Jan) sebelum bertemu Kazakhstan dalam perlawanan terakhir kumpulan pada 17 Jan.

Kumpulan A pula terdiri daripada Itali yang menghuni ranking ke-15 dunia bersama Wales, Singapura dan Thailand. – BERNAMA

Kategori