Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bunuh Majikan Kerana Berang...

Melaka: Tidak tahan sering dimarahi kerana gagal menyiapkan kerja, seorang buruh ladang sawit...

Singapura Henti Terima Surat...

SINGAPURA - Singapura akan berhenti menerima Surat Perjalanan Kumpulan daripada rakyat Malaysia yang...

Ambil Langkah Berjaga-Jaga Segera...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta rakyat mengambil...

Saran FOMEMA Diletakkan Bawah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia menyarankan agar Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan...

Malaysia Boleh Terlibat Perjanjian Serantau Tanpa TPPA

KUALA LUMPUR – Kegagalan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik, akan membolehkan Malaysia untuk terlibat dalam perjanjian serantau lain dengan lebih mendalam, khususnya dengan China memandangkan negara itu merupakan kuasa ekonomi kedua terbesar dunia, kata seorang ahli akademik.

Menurut Profesor Ekonomi dari Fakulti Perniagaan Universiti Sunway, Yeah Kim Leng, Malaysia terlepas peluang selepas Amerika Syarikat (AS), menolak TPPA.

“Bagaimanapun, ia memberikan kita peluang untuk melihat perjanjian perdagangan serantau yang lain, sebagai contoh, dalam Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang diterajui China.

“Kita mempunyai kawasan perdagangan bebas Asia Pasifik dan ini merupakan sebahagian daripada perjanjian serantau yang Malaysia boleh ambil bahagian bagi menguruskan kerugian,” kata beliau kepada pemberita hari ini semasa Persidangan Unjuran Strategik Malaysia 2017 ke-19.

Yeah merupakan ahli panel pada persidangan sehari yang dianjurkan oleh Institut Kepimpinan dan Strategi Asia.

Kesan serta-merta akibat penarikan AS dari TPPA adalah minimum, bagaimanapun, Malaysia perlu meneruskan perdagangan dua hala dengan AS kerana perjanjian perdagangan bebas akhirnya akan menjurus kepada perjanjian pelbagai hala.


“Ia akan menjadi lebih baik jika lebih banyak negara yang terlibat dan walaupun ia bermula sebagai perjanjian perdagangan dua hala sahaja, ia boleh menjadi sumber yang intensif untuk berunding,” katanya.

Katanya, adalah lebih baik jika Malaysia terlibat dalam perjanjian lain seperti RCEP, Perjanjian ASEAN-EU dan beberapa lagi.

Dari sudut prospek ekonomi, walaupun eksport terus menyusut, pertumbuhan global terus meningkat sejak separuh kedua tahun lepas.

“Indikator semasa mencadangkan bahawa pada separuh pertama 2017, Malaysia akan menikmati momentum pertumbuhan yang lebih baik, dan kami agak positif bahawa peningkatan eksport yang direkodkan pada November lepas akan dapat dikekalkan. – BERNAMA

Kategori