Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Perbelanjaan Terbesar Dalam Sejarah

KUALA LUMPUR - Perbelanjaan dalam Belanjawan 2021 adalah terbesar dalam sejarah iaitu RM322.5...

Peruntukan Subsidi Upah Ditambah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menambah peruntukan program subsidi upah kepada RM13.8 bilion berbanding...

“Awat Yang Hang Mengamuk...

PELANGGAN restoran di Parit Buntar, Perak bertempiaran apabila lelaki mengamuk dan merosakkan peralatan...

Seronok Melantak Hidup Samun...

SEKADAR fenomena walaupun isunya hanya cerita lama. Ia bukan isu poligami. Isunya ialah...

Malaysia Kekal Posisi 161 Ranking FIFA Bulan Januari

KUALA LUMPUR – Ketiadaan aksi persahabatan antarabangsa menyaksikan skuad Harimau Malaysia kekal pada kedudukan ke-161 dunia dalam ranking Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Berdasarkan ranking terbaru dikeluarkan menerusi laman sesawang FIFA, www.fifa.com hari ini, skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee itu kekal menghuni kedudukan yang sama dilakar pada Disember 2016.

Untuk rekod, kedudukan terbaik Malaysia dalam ranking FIFA pada 2016 adalah posisi ke-158 dunia yang dicatat pada bulan September.

Di peringkat Asia, skuad Harimau Malaysia kekal di tangga ke-31 dalam kalangan 46 negara.

Skuad kebangsaan turut kekal pada kedudukan kelima dalam kalangan negara ASEAN dengan Filipina berada di tangga pertama selepas menduduki posisi ke-122, Thailand (126), Vietnam (136) dan Myanmar (159).


Ranking terbaru itu meletakkan skuad negara setanding dengan beberapa negara membangun yang lain seperti Kepulauan Aruba (160), Macedonia (162) dan Moldova (164).

Dua pasukan benua Amerika Latin, Argentina dan Brazil mengekalkan kedudukan selaku dua pasukan terbaik dunia selepas masing-masing mengumpul 1,634 dan 1,544 mata, manakala juara Piala Dunia 2014, Jerman kekal di tangga ketiga dengan kutipan 1,433 mata.

Ranking bulanan FIFA melibatkan 209 negara. – BERNAMA

Kategori