Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

AS Perlu Hormat Siapa...

MEXICO CITY - Pegawai kanan Amerika Syarikat (AS) diminta menghormati keputusan pilihan raya...

Seorang Lelaki Dipercayai Anggota...

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki berusia 59 tahun yang dipercayai anggota 'Geng Mamak'...

Gambar Lama Erin Malek...

SEJAK melangsungkan perkahwinan, Erin Malek tak habis-habis dengan kontroversi.Jika sekarang sedang heboh gosip...

Pelaku Memang Ada ‘Niat’

Kuala Lumpur : Masyarakat Malaysia sering digambarkan sebagai masyarakat beradab, kaya dengan budi...

Malaysia Lantang & Berani Bela Etnik Rohingya

IPOH – Malaysia bertindak berani dalam menzahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap pencabulan hak asasi manusia berikutan penindasan ke atas etnik Rohingya di Myammar.

Isteri Menteri Besar Perak Datin Seri Saripah Zulkifli berkata ketika negara-negara lain bersikap ‘non interference’ (tidak campur tangan), Malaysia tidak berdiam diri sebaliknya memainkan sentimen yang betul dengan memperjuangkan hak asasi kemanusiaan terhadap etnik minoriti itu.

“Ini bukan kali pertama kerajaan Malaysia bersikap sedemikian kerana sebelum ini negara pernah mempertahankan hak asasi kemanusiaan di Bosnia Herzegovina sehingga negara itu pulih sepenuhnya daripada menjadi mangsa keganasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ‘Bicara Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Islam, Antara Teori dan Realiti Dalam Menangani Isu-Isu Global’ yang dianjurkan oleh Pertubuhan Wanita Prihatin Perak di sini hari ini.


Saripah yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (Baiduri) berkata walaupun pengisytiharan mengenai kemanusiaan sejagat telah dilakukan sejak berpuluh tahun dahulu, penindasan demi penindasan masih terus berlaku dan nilai-nilai kemanusiaan semakin terhakis.

Beliau berkata konflik itu berpunca daripada manusia yang cuba menjatuhkan satu pihak yang lain sehingga menjurus kepada perilaku keganasan, kekejaman serta pembunuhan yang melibatkan mereka yang tidak berdosa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori