Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Rakaman CCTV Willie Mongin...

KUALA LUMPUR - Isu Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Willie Mongin menunjukkan...

Pengarah Jabatan Kerajaan, Anak,...

PUTRAJAYA - Tiga sekeluarga termasuk seorang pengarah bahagian di sebuah jabatan kerajaan direman empat hari...

“Aku Banduan, Tapi Aku...

BERGELAR banduan bukanlah penamat kehidupan dan ia juga bukan penghalang untuk seseorang mengejar...

Malaysia Perlu Lebih Ramai...

KUALA LUMPUR - Malaysia memerlukan lebih ramai inovator dan usahawan untuk memacu pertumbuhan...

Mana Hilang Kepala Dan Badan Arca ‘Messi’?

BUENOS AIRES – Hanya kaki dan bola sepak tinggal selepas kepala, badan dan tangan arca pemain Barcelona dan Argentina, Lionel Messi dibuang dalam kejadian vandalisme di sini, semalam.

Pihak Dewan Bandar Raya Buenos Aires dipetik media tempatan sebagai berkata, mereka sendiri pun tidak tahu siapakah bertanggungjawab atau apakah motif bagi kejadian pelik ini.

“Ia mangsa perbuatan vandalisme. Kami sedang berusaha membaiki arca itu,” kata sekretariat budaya bandar ibu kota Argentina itu.

Arca itu didirikan di laluan Paseo de la Gloria menghadap Sungai Plate, Jun tahun lalu sejurus selepas Messi gagal membantu Argentina yang tewas kepada Chile dalam final kejohanan Copa America Centenario.

Kerajaan tempatan bandar tersebut berkata, usaha membina semula arca itu sedang dijalankan.


Beberapa arca lain didirikan di kawasan itu bagi memperingati bintang sukan Argentina, Manu Ginobili (bola keranjang), Gabriela Sabatini dan Guillermo Vilas (tenis); juara Formula Satu, Juan Manuel Fangio dan Luciana Aymar (hoki).

Suspek turut mencuri raket dari arca Sabatini. – Agensi/myMetro Online

Kategori