Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

“Eina Azman Semalam ‘Register’...

KUALA LUMPUR - Selebriti Datin Paduka Eina Azman dan suaminya Datuk Paduka Kaiser Gurmeet...

Jari Murid Patah Tersepit...

KADANGKALA alat paling tidak disangka-sangka boleh jadi benda yang paling bahaya.Sebagai contoh mesin pengadun...

Kereta Rempuh Lori Sampah...

Georgetown - Kereta dipandu lelaki terbakar selepas merempuh lori sampah di Kilometer 33,...

Kerajaan P.Pinang Sumbang Lebih...

GEORGE TOWN - Kerajaan Pulau Pinang hari ini menyumbang lebih RM80,000 kepada Tabung...

Mangsa Banjir Di Johor Berkurangan Kepada 4,301

MUAR – Jumlah mangsa banjir di Johor sehingga pukul 8 pagi ini semakin berkurangan iaitu seramai 4,301 orang berbanding 4,834 orang malam tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata mereka terdiri daripada 1,137 keluarga yang ditempatkan di 55 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Segamat, Tangkak, Kluang dan Muar.

“Keadaan banjir di daerah Segamat mencatat penurunan apabila jumlah mangsa banjir di 37 buah PPS berkurangan kepada 2,403 orang melibatkan 621 keluarga berbanding 2,908 orang dengan 746 buah keluarga malam tadi,” katanya.

Di Tangkak, seramai 1,473 orang daripada 397 buah keluarga ditempatkan di 11 PPS, manakala di Muar, enam PPS masih dibuka dengan menempatkan seramai 416 orang daripada 116 buah keluarga.

Hanya sebuah PPS di Kluang masih beroperasi untuk menempatkan sembilan orang dari tiga keluarga.


Ayub berkata dua sekolah yang masih ditutup di daerah Segamat ialah Sekolah Menengah Kebangsaan Felcra Bukit Kepong dan Sekolah Kebangsaan Kampung Tengah.

Katanya tujuh jalan masih terputus hubungan iaitu meliputi Jalan Pogoh-Tekam; Seksyen 5.2-5.9 Jalan Kuala Paya-Balai Badang; Tumang Batu Anam-Kawasan Ladang dan Jalan Felda Kemelah di Segamat, manakala di Pontian, Jambatan Jalan Kampung Sungai Pinggan; di Muar, Kilometer 61 Jalan Muar – Labis; Jalan Pagoh Terkam dan Jalan Renang Gombang-Liang Batu. – BERNAMA

Kategori