Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Jangan Kejar Untung Sewakan...

LANGKAWI - Jabatan Perumahan Negara (JPN) memberi amaran tegas kepada pemilik rumah Program...

Yuna ‘Bengang’ Dituduh Sembah...

KERJAYA seni Yunalis Zarai atau Yuna kini semakin menyinar di pentas antarabangsa. Ternyata usaha...

Jasa, Pengorbanan Jururawat Dihargai

KOTA KINABALU - Jasa dan pengorbanan jururawat yang bertugas di institusi-institusi Jabatan Perkhidmatan...

Kamal Adli, Uqasha Senrose...

KUALA LUMPUR: Selepas sebulan menyimpan rahsia, akhirnya, pasangan pelakon Kamal Adli dan Uqasha...

Mangsa Banjir Di Kelantan Bertambah Kepada 361 Orang

KOTA BHARU – Jumlah mangsa banjir di Kelantan bertambah kepada 361 orang setakat 8 pagi ini berbanding 243 orang malam tadi.

Mereka ditempatkan di 10 pusat pemindahan adalah dari jajahan Gua Musang, Pasir Puteh, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi inforbanjir, sebanyak 150 orang daripada 34 keluarga ditempatkan di dua pusat pemindahan di Gua Musang, diikuti 81 orang (24 keluarga) di dua pusat pemindahan di Pasir Puteh.

Di Jajahan Kuala Krai, 77 orang (20 keluarga) ditempatkan di empat pusat pemindahan, 47 orang (15 keluarga) di sebuah pusat pemindahan di Jeli manakala di Tanah Merah, enam orang (1 keluarga) berada di sebuah pusat pemindahan.


Sementara itu, menurut portal ebanjir.kelantan.gov.my, paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai, Kuala Krai kini pada paras 27.74 meter berbanding 25.35 meter malam tadi, melepasi paras bahaya 25.00 meter.

Paras air Sungai Golok di Rantau Panjang kini turun kepada 9.11 meter berbanding 9.18 meter malam tadi, masih melapasi paras bahaya 9.00 meter. – BERNAMA

Kategori