Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Serangan Di Kasino Manila:...

SEKURANG-kurangnya 34 mayat ditemui susulan kejadian tembakan di Resorts World Manila, Filipina pagi...

Pupuk Bakat Pelajar Melayu...

KUALA LUMPUR - Universiti tempatan dicadang mengambil inisiatif memupuk bakat pelajar Melayu di...

Najib Lafaz Sumpah Di...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Razak melafazkan sumpah dengan nama Tuhan di...

Rakyat Juga Harus Main...

KUALA LUMPUR - Tugas dan tanggungjawab memelihara keselamatan tidak terletak di atas bahu...

Mangsa Banjir Di Kelantan Terus Bertambah

KOTA BHARU – Mangsa banjir di Kelantan yang ditempatkan di pusat pemindahan banjir terus bertambah tengah hari ini.

Menurut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi aplikasi Infobanjir, jumlah mangsa meningkat kepada 4,345 mangsa melibatkan 1,182 keluarga berbanding 3,232 orang melibatkan 866 keluarga pada 8 pagi tadi.

Sebanyak 38 pusat pemindahan dibuka di tujuh jajahan melibatkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah, Pasir Puteh, Tumpat, Bachok dan Machang.

Di jajahan Kota Bharu, 1,345 mangsa daripada 341 keluarga ditempatkan di 10 pusat pemindahan banjir manakala 994 mangsa daripada 259 keluarga dipindahkan ke 15 pusat pemindahan di Pasir Mas.

Jajahan Tumpat pula merekodkan 350 mangsa daripada 105 keluarga yang ditempatkan di sebuah pusat pemindahan, manakala Bachok melibatkan 333 mangsa daripada 96 keluarga, juga ditempatkan di sebuah pusat pemindahan.


Seramai 103 mangsa daripada 28 keluarga pula ditempatkan di tiga pusat pemindahan di jajahan Tanah Merah, manakala Pasir Puteh merekodkan 1,106 mangsa daripada 321 keluarga di tujuh pusat pemindahan serta 114 mangsa daripada 32 keluarga berada di sebuah pusat pemindahan di Machang.

Sementara itu, menurut portal Kerajaan Negeri Kelantan di http://ebanjir.kelantan.gov.my, paras Sungai Golok di Rantau Panjang melebihi paras amaran iaitu 10.12 meter (m) pada 12 tengah hari tadi, berbanding 9.95m pada 8 pagi.

Paras amaran bagi sungai itu adalah 9m manakala sungai yang lain masih berada pada tahap normal. – BERNAMA

Kategori