Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

Polis Dalam Proses Ambil...

KUALA LUMPUR : Polis masih dalam proses mengambil keterangan penganjur piket 'Aksi Bertindak:...

‘Melayu’ DAP Zairil Khir...

KUALA LUMPUR - Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari mendakwa Fatwa...

SPRM Tahan 2 Koperal...

BUKIT MERTAJAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang menahan dua anggota...

Menu ‘Ciken Coop’ Dan...

SEKEPING menu makanan yang menggunakan ejaan 'pelik' mencetuskan kutukan daripada ramai netizen menerusi...

Mangsa Banjir Di Pahang Makin Berkurangan

KUANTAN – Raub menjadi daerah kedua selepas Kuantan yang pulih akibat banjir apabila semua pusat pemindahan di daerah itu ditutup.

Jumlah mangsa yang dipindahkan ke pusat pemindahan di Pahang turut berkurangan kepada 6,695 orang daripada 1,834 keluarga setakat 12 tengah hari i berbanding 7,130 orang daripada 1,949 keluarga pagi tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia negeri Pahang Zainal Yusoff berkata daerah Temerloh  merekodkan jumlah paling ramai dengan 2,056 orang daripada 513 keluarga.

“Manakala Lipis merekodkan 1,692 orang daripada 478 keluarga diikuti Rompin 1,033 orang (292 keluarga), Jerantut 890 orang (289 keluarga).


“Bera 472 orang (105 keluarga), Maran 288 orang (91 keluarga) dan  Pekan 264 orang (65 keluarga),” katanya.   

Sebanyak 106 pusat pemindahan masih beroperasi iaitu, 37 di Temerloh,  Lipis (20), Pekan (13), Maran (11), Bera (10), Jerantut (9) dan  Rompin (6). – BERNAMA

Kategori