Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Akta Pencegahan Keganasan 2015...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan...

Jangan Terpedaya Individu Guna...

IPOH - Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meminta orang ramai agar tidak...

Op Soga : 17...

KUANTAN - Polis menahan 17 lelaki yang dipercayai terlibat dengan penganjuran perjudian sempena...

Bantuan Khas Aidilfitri Perlu...

KUALA LUMPUR - Bayaran Khas Aidilfitri kepada penjawat awam yang diumumkan Perdana Menteri...

Mangsa Banjir Di Perak Meningkat Kepada 496 Orang

IPOH – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan di Perak meningkat sedikit kepada 496 orang setakat 8 malam ini berbanding 445 petang tadi.

Menurut Jabatan Kemajuan Masyarakat melalui portal infobanjir, sebuah pusat pemindahan banjir dibuka di Hilir Perak menjadikan sembilan pusat beroperasi di empat daerah di negeri ini.

Di Hilir Perak, pusat pemindahan baharu itu ialah di Sekolah Kebangsaan Sungai Tukang Sidin, Chikus yang menempatkan 45 mangsa, manakala 65 masih berada di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong Batu 8, Teluk Intan dan 31 mangsa di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Ara.

Daerah Manjung mencatat jumlah mangsa banjir seramai 215 orang dengan 203 daripadanya ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Padang Serai manakala 12 orang di Dewan Kampung Tanjung Ara.


Di Kinta, 76 mangsa ditempatkan di Dewan Sikh Settlement Tanjung Tualang dan 21 lagi di Dewan Serbaguna Tanjung Tualang, dan bagi daerah Larut Matang, dua mangsa banjir berada di Dewan Orang Ramai Matang Merbau Sungai Tinggi dan 41 orang di Surau Padang Serai Dalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Hilir Perak Mohd Fazly Mohamad berkata penduduk dari Kampung Sungai Tukang Sidin dipindahkan ke pusat pemindahan kerana kediaman mereka dinaiki air ekoran ban sungai pecah disebabkan tekanan air sungai. – BERNAMA

Kategori